Tuesday, June 5, 2012

Jumpa Blogger Myna



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Entri sebelum ni saya kata ada plan nak jumpa kawan blogger kat alamanda kan? Sebenarnya plan nak jumpa Myna . Myna orang utara tapi menetap di sabah. Kebetulan ada di putrajaya maka kami plan nak bertemu. 

Bila dah pukul 8 lebih muna kata dia masih di nilai saya dah panik. Syafiq dah mula mengeliat dan tarik rambut. Saya rasa tak lama la dia boleh bertahan. Kebetulan swimming memang lama dan anak pun keletihan. Saya cuba bertahan dan akhirnya pukul 9 lebih myna kata dia on the way ke sana.

Tengok jam 9.30 myna tak sampai lagi. Hati saya dah sedih emandangkan dia text kata sangat teringin nak jumpa saya. Saya pun nak sangat jumpa myna tau... alamanda dah nak tutup myna tak sampai lagi walau jam dah pukul 9.35 malam. Saya dah hampa....

Tup-tup myna call dan kata dah ada di aras 5 tempat saya berada. Hati berbunga-bunga... syukurlah dapat juga kami bertemu walau detik tu semua peniaga dah mula berkemas nak tutup kedai, sob sob. Borak kejap...rakam kenangan kami berdua walau terpaksa snap gambar sendiri sebab takda saper boleh tolong masa tu.




Myna sempat bagi cendera mata...saya pun tak belek lagi sebab belum buka handbag lagi...terus simpan sebab sangat kejar masa borak semalam. Plan nak jumpa lagi kalau myna ada masa lapang. Memang tak sangka dapat jumpa dak myna ni...kecik je orangnya, jangan tertipu dengan gambar di atas tu. Luar gambar kecik je rupanya. Tak sama macam dalam blog pun. Kecik ke besar apa yang penting hati saya sangat besar menerima pelawaan myna untuk bertemu. alhamdulillah impian kami untuk laga pipi terlaksana juga akhirnya. 


p/s: apasal dalam gambar semua nampak besar? qaseh pun dalam gambar besar, tapi yang real sangat kecik. Atiq pun camtu, shida...ben, yana...eh memang imej kita nampak besar dlm gambar ye? adik nadh pun kecik rupanya..hehehe. Saya tau KC kecik..ntah-ntah amat kecik seperti yang saya bayangkan...huhu.




www.tips-fb.com

17 comments:

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

gamba ilusi semata2

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...Reply To This Comment

salam sis. bestnya..bila la peluang sy nak jumpe sis pula. =)

diana said...Reply To This Comment

untung dapat jumpa rakan blogger..:)

ejulz said...Reply To This Comment

yg di tgh2 tu cam ngantuk je.. hehehe

kiera'sakura said...Reply To This Comment

dlu pun kira ingt nadh tue tinggi tp rpenye rendah jer.. ehh terkata lak kt die.. hahahhaha :p

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

bila plan nak jumpa saya plak kak..haha

Kakzakie said...Reply To This Comment

Berlaga pipi dgn teman blog rasa bagai dalam mimpi ye dik...

Ujie said...Reply To This Comment

alamanda..tmpt slalu saya pegi. ntah2 kita ada terjumpa, tapi tak kenal..^_^

*blm penah jumpa kwn blog di alam nyata lagi.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Iffah Afeefahsetuju

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Khumaera Ismail aka Mariam Ismailnnt dtg bg tau ye

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@dianatu la..kebetulan dpt jmp

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@ejulzletih mengamuk pun ye

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@kiera'sakurakan?haha

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Hafizin Jamilhehehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Kakzakiebetul kak...mcm mimpi.sbb selama ni org duk kutuk adik kata sahabat blog ni x ke mana..tp sgt indah persahabatn tu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Ujieye la..mungkin sering selisih

Amyna said...Reply To This Comment

Alhamdulillah LM... dapat juga kita bertemu.

semua perancangan awal berubah bila di minta jadi driver ke nilai tu... tak sangka pula sampai ke malam. time pergi tu... sekejap saja. nak balik jalan punya jame..

Apapun syukur Alhamdulillah Allah s.w.t memakhbulkan permintaan hati silaraturrahim kita... Persabahatan selamanya.. biarpun jauh beribu batu =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...