Friday, June 15, 2012

Kalau Orang Senang Dia Sakit

Assalamualaikum semua

Pernah tak bila korang senang sikit orang sekeliling rasa sakit. Bukan sakit badan la tapi sakit hati. Pelik kan manusia ni, dah la kita tak minta duit mereka tapi masih nak ganggu dan mengata kita pula.

Apa yang makin pelik mereka rasa wang kita tu hak mereka. Suka hati je minta tanpa segan silu. Eh kau ingat aku bank bergerak ke bai? Haaa sampai terfikir macam tu kan?

Kadang kala kalau orang yang memang susah tu kita tak la berkira nak bantu tapi jenis boros pastu sempit je nak kaut duit orang lain pula tu yang malas layan tu kan. Orang tu senang pun hasil usaha sendiri yang kamu nak sakit hati kenapa pula. Hidup ni jangan ikut hati yang busuk hitam tu saja, sesekali tu cuci lah hati.. Muhasabah diri kenapa hidup semput sempit semanjang tak pernah rasa senang.

Kalau ada bantuan tu terimalah dengan syukur, meminjam perlu memulang semula. Jaga hati sesama sendiri jangan belakang kutuk depan baik berpeluk- peluk. Muka bertalam- talam, kalah talam keladi tu. Nak
Minta duit orang tak dapat mula mengata sekolam. Ingat lah...hidup kita tak lama. Senang orang pun tak ganggu kita, susah mereka pun tak minta duit kita juga. Jaga hidup sendiri lebih baik dari tambah dosa yang dah sedia ada. Ingat... Hutang ni bawa sampai mati.

www.tips-fb.com

12 comments:

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

jeles

itu jela y die ske wat

org xsusahkn die pon

Lizzie Yasmin said...Reply To This Comment

orang mcm tue, hidup tak akan senang. Walaupun orang tak ngata, tapi sebab diri sendri yang menyumpah sendiri.

Mooniqueen said...Reply To This Comment

Betul tu sis... Selalu orang yang banyak duit la manjang je cakap takde duit...kedekut jgn cakap lah...sekali tuhan Tarik rezeki n betul2 takde duit baru tau... Bersyukur je dengan apa yang kita Ada...

Syira said...Reply To This Comment

salam..

ramai je org mcm ni..

susah nak cari org baik sekarang.hehe

kakchik@ella said...Reply To This Comment

Hmmm. kena bersabar byk dgn org camni. tapi kalau dah tak sabar .. angkat kaki belah je la dik.

Kakzakie said...Reply To This Comment

Itulah ragam manusia dik. Yg penting kita jgn buat org susah dan jgn ada rasa iri...

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

oh..selalu jumpa orang cenggini LM..abaikan aje..buat sakit hati jek..

masmurni said...Reply To This Comment

begitulah kehidupan...dgn perangai manusia yg pelbagai ragam...

ieda said...Reply To This Comment

huhuhu setuju LM
ramai je manusia macam nie
mereka adakalanya x sedar aje ;)

Bazilah (^0^) said...Reply To This Comment

jgn layan org cmtu kak..

Aishah Jahirah said...Reply To This Comment

sentiasa tak senang ati dgn orang la mcm tu...ada je tak kena...

deno said...Reply To This Comment

hmm.. mmg ada org mcm ni, tapi buat tak tahu je la... deno ada kwn mcm ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...