Tuesday, June 26, 2012

Lengkong Santan




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Time panas gini kalau makan lengkong-lengkong ni sedap kan? Buat pagi makan lak tengah hari sejuk-sejuk. Memang mengancam. Haaa sejak dari kecil LM suka makan lengkong santan. Tapi bonda suka buat pandan. Warna hijau....Tapi sejak kawen ni kalau malas sket LM guna gula melaka je buat lengkong santan ni sebab malas nak blender daun pandan..ehehe.

Mudah macam ABC je nak buat lengkong santan ni. Rasanya semua orang pandai kan? Kalau cara LM camni...

bahan:
agar-agar sebungkus yang besar.
gula melaka sebuku besar
gula pasir jika perlu
telur sebiji
santan pekat dari 1/2 biji kelapa.
gula batu anggaran 1/3 cawan
secubit garam.
daun pandan 2 helai.

caranya: rebus agar-agar hingga hancur bersama sebungkus air yang disukat menggunakan plastik agar-agar tadi dan campurkan 2 cawan air lagi, masukkan gula melaka. Masukkan gula batu dan daun pandan. masukkan garam juga. Bila dah rasakan elok manisnya...blendkan telur tadi bersama santan tu dan masukkan dalam periuk tadi. Kacau hingga masak dan masukkan dalam acuan atau loyang.

p/s:saya tak suka kepala dia sampai separuh ...rasa muak sangat. Bagi yang suka kepala dia naik sampai separuh boleh tambah santan lagi ye.

Ini cara saya..ada gak yg tak letak telur. ikut tekak sendiri lah ye....jgn tengok LM telak telur ada yang meroyan lak nanti.


www.tips-fb.com

9 comments:

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

huwaaaaaaaaaa..... susah nk jumpa kat kedai yg ada santan or gula melaka ni....selalu ada yg biasa aje... sedapnyeeeeeeee

Mooniqueen said...Reply To This Comment

Lain org lain selera ya... MQ suka santan @ kepala tu lebih sikit... Sedapnya...makan sejuk2 pulak... Aduhhhh.

kiera'sakura said...Reply To This Comment

x bpe ske yg pandan suka yg mcm akak buat nie jugak.. hihi

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

agar2 gula melaka la yer...

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

kalau kedah..lengkong tu cincau hehee

MizzTina said...Reply To This Comment

akak, blh lak sy bc sekali imbas jd lengkong syaitan.. adeh la.. sowi kak

sedap ni, lagi² klu sejuk..fuhhh

emieysandra said...Reply To This Comment

tak biasa dengar pulak lengkong nih..ehehe, klu sy panggil agar-agar je la kot. nampak sedap..menyelerakan =)

Bazilah (^0^) said...Reply To This Comment

nmpk sedap. hujung minggu nnti nak cuba lah.

Asyifa Mustaffa said...Reply To This Comment

sedap makan time sejuk !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...