Monday, June 11, 2012

Maklong Pula Pergi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sihat semua? Saya demam sikit kepala terasa sangat berat, mata tak larat nak buka pun. Blog pun update pakai iphone je dah 3 hari ni.

Sabtu lepas maklong LM meninggal, dah pukul 6 petang masa dapat sms dari adik dan mak. Sangat terkilan tak dapat lawat masa dia tenat jumaat tu. Dah sampai masa maklong pergi... Mungkin dengan cara ni hilang derita yang dia tanggung akibat derita kanser dan terpaksa lalui kimoterapi yang menyakitkan tu.

Bertahun maklong sakit doktor susah nak kenal pasti dia sakit apa... Sian maklong, keluar masuk hospital akhirnya baru tau sakitnya. Itulah nasib kita yang kurang mampu pergi ke hospital gomen ni, jadi bahan uji kaji... Sian maklong, dia sangat menderita.

Maklong cuma ada seorang anak dan suami dah meninggal. Anak tunggal perempuan terpaksa cuti tanpa gaji lama juga untuk jaga maklong kat labis. Akhirnya sebab ada sorang anak je kak mas terpaksa bawa maklong ke KL. Katanya maklong dah bebas kanser dan dah sihat... Tak sangka demam dan jangkitan kuman di paru- parunya jadi punca pemergiannya menunggalkan kami. Takdir dari Allah kami terima dengan redha...

Ingatkan jenazah dikebumikan semalam, rupanya mereka nak kebumikan malam tu juga. Ayah bonda dan mak sedara dari segamat bergegas datang tapi malangnya tak sempat juga jumpa arwah maklong. Sian kak mas..dia sendirian hanya dengan anak- anak je urus semua ni. Syukur ada abg nya yang sama ayah dengan dia tolong kak mas. (anakntiri arwah maklong)Adik LM awie pun ada... Huhu.. Saya kesian kat kak mas.. Siyes sayu sangat.

Lepas jenazah siap disembahyangkan masa tu ayah dan yang lain masih di seremban, imam dah bising kata tak elok biar jenazah menanti. Saya call ayah kata kami terpaksa jalan dulu walau tau hajat mereka adik beradik nak lihat maklong kali terakhir.

Saya menanti dalam kereta agak lama sebab tak mau bawa syafiq ke kubur sebab dah hampir pukul 11 malam. Hubby turun dan cakap jenazah tak turun van lagi. Saya naik meredah gelap ke kubur dan minta kak mas teruskan sebab saya taundia serba salah.... Kesian kat arwah menanti lama. Memang bukan rezeki mereka nak jump kali terakhir adik beradik. Siap saja masukkan jenazah dan timbus kubur, ayah dan mak sedara dari segamat sampai... Beberapa minit lepas tu hujan lebat pun turun membasahi bumi.

Alhamdulillah dalam pukul 11.05 semuanya selesai. Ayah bonda bermalam di pondok usang kami bersama maksu suami isteri, acik nuri dan anaknya serta awie dan bakal adik ipar saya zura. Dah lewat sangat lebih baik mereka bermalam di rumah saya. Siap makan semua pukul 3 pagi baru semuanya tido dalam keletihan.

Moga roh arwah maklong aman di sana... Amin

www.tips-fb.com

9 comments:

Mak Wardah said...Reply To This Comment

Salam. AlFatihah, semuga roh arwah Mak Long ditempatkan bersama-sama dengan org-org yang dikasihi Allah. Damai dan amannya rohnya di sana...

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

sedih bace kak

npe nk kebumikan malam jugak

mmgla syafiq xelok join

hurmm

pena rozie said...Reply To This Comment

Al-fatihah...

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...Reply To This Comment

innalillah...takziah utk sis sekeluarga.al-fatihah. dah sampai hukumnya...kita bila, dan adakah bersedia. Allah.. ="(

MaDiHaA a.k.a Ratna said...Reply To This Comment

takziah buat LM & keluarga...

kiera'sakura said...Reply To This Comment

takziah kak.. moga arwah ditempatkan bersama para solehin.. Amin sabar ye kak

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

takziah LM..semoga rohnya dicucuri rahmat..

Miss PIJAOSIX said...Reply To This Comment

Salam...

Takziah.. Moge rohnye dicucuri rahmat. Amin..

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

al-fatihah dan salam takziah kepada miza sekeluarga...semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...