Tuesday, June 26, 2012

Menangis Sebab Manja?



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Senyum je Qila

Aqilah ni kadang-kadang buat ayahnya geram. Pagi-pagi bila hantar ke sekolah  pasti menangis. Kat rumah okey je tapi sampai sekolah mesti menangis. Walau tak meronta-ronta atau meraung sakit gak la tengok dia menangis kan.

Dia ni dah masuk kelas okey je cikgu cakap. Tapi masa datang tu mesti dia nak akak indon yang jaga budak-budak tu ambik dia. Hari first dan second memang indon tu pun yang pujuk masa dia menangis. Maka mereka dah rapat. Masalahnya bila ayah dia hantar pagi tu budak dah masuk kelas indon tu dah ke bangunan belakang urus budak dan buat kerja lain. Haaa bila makcik cermin mata dia takda mula dia menangis.

Menurun makcik cermin mata yang aqila duk sebut-sebut tu...aqilah akan cari dia kat belakang dan tunggu depan pintu. Bila dia suruh naik kelas(kelas murid 4 tahun)memang kat atas. Aqilah akan genggam tangan di dada dan meleleh air mata sambil geleng kepala tak mau. Jadinya dia urut-urut dada qila dan hantar naik ke atas. Baru okey...haha.

Semalam makcik cermin mata cerita lagi qila menangis cari dia, LM senyum saja dengar indon tu cerita. Siap babai makcik cermin mata kami pun pulang. Moga Allah saja yang membalas jasa serta kasih sayang makcik cermin mata qila tu. Sebenarnya ada 2 indon kat situ. Sorang tu gelap sikit dan agak garang...suka jerit-jerit marah budak suruh makan. Qila pernah nampak dia jerit pada budak transit sebab LM terlewat ambik dia hari tu. Makcik cermin mata ni dia panggil juga makcik putih(padahal sawo matang je) sebab nak bezakan makcik itam dan makcik putih dia...haha.

Sebab kurang baik qila panggil makcik itam makcik putih LM ajar dia makcik cermin mata dan makcik sorang lagi. Nak panggil nama pun tak tau. Selorong dengan rumah LM ni rumah guru besar qila, tapi qila tak mau naik kereta puan hasnah tu. Kalau mau senang la ayah tak perlu hantar tiap pagi.

Bila fikir balik, kenapa qila sangat manja LM dah tau kenapa. Sebab masa baby sampai lah besar memang manjakan dia pun. Qila ni lahir tak cukup bulan dan baru 8 bulan dah lahir. Berat cuma 2.2kg masa tu. Paru-paru tak matang dan perlu duduk dalam inkubator, dah nak balik tu demam kuning pula. Lepas balik dari hospital pun kuning tak baik sampai umur dia 2 bulan. Memang sukar nak jaga dia masa dalam pantang dulu. Dari proses sebelum bersalin yang merumitkan kerana air ketuban bocor, lahir pramatang, jangkitan kuman...jaundis..bla bla bla...maka tak heran pun nape dia ni sangatlah manja sebab dimanjakan sejak kecik. Sebab tu dulu masa dia kecik setahun dua tahun masa tu ada anak kawan duk buli dia sanggup LM tak join aktiviti dengan kawan-kawan. Konon nak protect qila. Risau kita leka makan atau borak anak jadi lain pula nanti. 

Korang sayang anak? tipulah tak sayang kan? nak-nak kalau kita sangat menantikan kehadiran anak tu. Ops...lupa cerita LM keguguran sebelum adanya qila, memang berharap sangat kemunculan qila dalam family kami masa tu.Mengandungkan Qila 7 bulan ayah qila dapat offer ke Qatar...dan kami sekeluarga ke sana masa qila umur 3 bulan.




www.tips-fb.com

8 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Lm, layankan aje selagi tak abaikan anak yg lain..insyaAllah bila besar n bersekolah menengah Qila dah la bermasalah. Saya tengok budak2 sek men yg bermasalah kebanyakkannya jenis yang tak cukup kasih sayang mak ayah...InsyaAllah Qila nati tahu balas kasih sayang mak ayh dia dengan baik.

Kakzakie said...Reply To This Comment

Makcik cermin mata Qila tu pun tumpang kasih. Kalau kakak macam perempuan indon itu pun tak kisah dik.. seronok kan layan anak-anak nie...

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

sama kes mcm anak buah saya kak...bangun pagi nngis xnk pi skolah.pukul 5 dh bangun mybe duk tringat psl skolah smpai xlena tido. duk nngis2 xnk pi, tapi jalan elok masuk toilet mandi siap tarik tgn mama dia.smpai skolah elok aje lompat2, sengih2.

Zurina Hj.Zainal said...Reply To This Comment

anak saya yg sulung ok g sekolah, x nangis...tp yg adik nya pulakk....nak itu, nangis...nak ini, nangis....anak saya yg second tu x cukup bln gak...8 bln dh kena keluar....budak x cukup bulan ni manja lebey kot?....:)

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

setiap anak ada rezki memasingkan LM.. dapat Qila.. merasa LM sekeluarga pergi Qatar.. alhamdulillah..

Cikpuan rara said...Reply To This Comment

1entry cukup menceritakan tentang kila.ptt lah dia manja,akk mesti care lebih kan.lahir xcukup bulan mmg mencabar kan.tapi nasib dh besar comels.mst bijak ni.

Afasz said...Reply To This Comment

olololo manja nye dia. dia sedih sbb nak berpisah. >_<

kiera'sakura said...Reply To This Comment

tiap anak2 akak ada kisah masing2 yg menyedihkan kak.. huhuhu.. tp dari situ akak lagi kuat kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...