Tuesday, June 5, 2012

Mengaji dan kafa



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah perjalanan hidup saya berjalan lancar sejak 2 bulan kembali ke tanah air ni. Pejam celik rasa kejap je dah 2 bulan pun. Syafiq belum pandai merangkak masa balik ke sini dulu, sekarang dah nak berdiri pun. Dulu rambut syafiq lurus sekarang dah ikal dan tebal. Dulu ummi bambam banyak sekarang dah bambam sikit je..ops! (saja nak bakar hati haters).

Alhamdulillah saya di kelilingi pleh insan yang amat penyayang. Kisah sedih takda la sangat cuma benda remeh yang merimaskan saja kalau ada pun berlaku, abaikan saja benda remeh janji kita gembira dan bahagia...kan?

Semalam anak-anak dah mula mengaji di rumah ustaz. Selama ni ngaji kat rumah saja, kebetulan ada ustaz yang ajar kafa sekolah anak-anak tu ajar ngaji dan rumahnya pun dekat dengan rumah kami, maka encik suami hantar mereka ke sana. Encik suami juga minta ustaz tolong bawa pergi dan balik kafa budak berdua ni. Anak-anak memang kenal ustaz mereka tu dan syukurlah tak perlu terkejar encik suami nak hantar anak ke kafa tiap pagi. Sebenarnya dekat dengan rumah saya ada kafa tapi ramai dan padat. Saya nak tukar kan anak ke sini je tapi encik suami tak bagi. Pada saya dekat sikit  boleh jalan kaki je, tapi mungkin kelas kafa jauh lebih selesa kelasnya buat anak-anak, yurannya pun baru RM60 sebulan. Lepas ni boleh naik kereta ustaz....

p/s 1:moga perjalanan hidup kalian juga lancar dan baik-baik seperti saya. Moga kita hidup dalam lingkaran kasih sayang yang utuh dan indah...amin.

p/s 2: Bila kak LM nak jumpa saya? ramai tanya camtu...huhu. Ada majlis apa-apa atau plan minum2 bagi tau saja, kalau dekat dan free akak join korang eh.













www.tips-fb.com

13 comments:

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

kak LM bambam dah surut ke??haha

ieda said...Reply To This Comment

anak2 akk mengaji ngan nenek mereka je .. eekek turun temurun kan :)

ejulz said...Reply To This Comment

smoga akak dan family hepy slalu.. :)

alhamdulillah.. suke diorang ngaji.. :)

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

bile nk jmpe sy plak

kah3

kiera'sakura said...Reply To This Comment

Alhamdulilah akak bahagia, kira tumpang seronok ;)

diana said...Reply To This Comment

saya setakat ni ajar maisara mengaji kat rumah je..kafa tunggu sekolah nanti la..nak hantar kat umah tok guru mana2 yang ajar mngaji jauh pulak..buat masa ni ajar sendiri je la..

Yaya Azura aka Naz Azra said...Reply To This Comment

rumah ustaz dekat..pergi balik dengan ustaz..alhamdulillah dipermudahkan segalanya..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Hafizin Jamilye kot cam air surut.hahaha

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@iedax pe lah kak, sekali kat umah sekali ngan ustaz, hrp mereka dpt kebaikan

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@ejulzamin..tq ejulz

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@kiera'sakuratq adik

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@dianamaisara kecik lg..nnt dah 7 tahun br leh gi sek kafa

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Yaya Azura aka Naz Azraamin...mudah2 an

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...