Wednesday, June 13, 2012

Pemandu Wanita



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ramai kaum lelaki merungut kata pemandu wanita kurang cekap memandu di jalan raya. Kaum wanita pula melompat akan bengang bila orang kata tak cekap termasuk saya. Eh...LM sendiri memang kurang cekap pun memandu, macam kura-kura je pun drive selalu tu.

Tapi LM paling marah orang memandu tak beretika dan suka menghimpit kereta orang lain perasan kereta dia gedabak besar sangat sampai lupa budi bahasa saat memandu. Kebanyakannya pemandu lelaki la macam tu..huhu. Apa LM nak cerita ni kisah lain sebenarnya. Tau tak dah beberapa kali LM terkena dengan kaum sejenis LM sendiri. Bagi LM sendiri memang perlu jaga-jaga dengan mereka yang memakai kereta manual terutamanya. Beberapa hari lepas, seorang cikgu ni nak melintas jalan tak tarik hand break agaknya. Jalan rata pun kereta boleh menggelongsor nak cium kereta saya. 

Bukan sikit-sikit kereta dia mundur...dah pin pin kat dia sikit-sikit pun dia masih mengelamun. Pinnnnn lama-lama honk baru dia kelam kabut nak tarik hand break. Kecut perut LM bila nampak dia kelam kabut. Beberapa minggu lalu pun macam tu juga. Terkena dengan pemandu wanita yang nak masuk simpang tak bagi signal dan terus meluru masuk...selamat saya tak tersondol vontot kereta dia.

Kadang-kadang saya rasa sangat takut nak memandu. Saya cuma memandu dalam keadaan terdesak saja. Bawa 4 nyawa anak sangat buat saya gerun memandu. Kadang-kadang kita amat berhati-hati tapi mereka yang lain ni lalai memandu buat nyawa kita anak beranak pun terancam juga.

p/s:mesti korang pelik camne saya tau orang tu cikgu kan? sebab dia masuk kawasan sekolah..ibu bapa tak boleh parking kereta dalam kawasan sekolah maisarah tu...hihi. Jangan lah cikgu tu baca entri ni kan....hahaha.



www.tips-fb.com

7 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

cuba tya maisarah, cgu tu ajr dia tak? hehe...

Sally Yatiey said...Reply To This Comment

Betul2 :) hee.

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

sentap cikgu tuh.huhu

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

hahaha pemndu mcm2 style kak

nanakimie said...Reply To This Comment

hehe....habisla kalau cikgu tu baca sis:)

tula,sampai sekarang nana xdrive sis,takut..harapje ada lesen,hee....xconfiden lg nak drive,rasa mcm mimpi pun ada dapat lesen tu:)

Miss Yaty said...Reply To This Comment

kita dah berhati -hati orang lain pulak ambil ringan je..
pape pn ingatlah orang2 yang tersayang...huhu~

kiera'sakura said...Reply To This Comment

btol tue kak.. kdang2 kte dh berhati2 tp sbb org lain lalai kte skali tbabit sama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...