Sunday, June 17, 2012

Pertandingan Mewarna


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ada sebab kenapa saya perlu bangun dari katil kesayangan awal pagi ahad ni. Sebab utama adalah kerana ada program di kawasan perumahan LM. Haish kalau takda apa-apa mau lagi duk berguling dengan si dia kan? lepak sampai perut berkeroncong.


Aktiviti pagi ada senamrobik. Encik suami pergi dulu sebab dia AJK. Masa pukul 9 LM sampai tadi senamrobik tak abis lagi



Tua muda semua join kecuali LM yang hamil pemalu ni...eh bukan la, sebab ada syafiq mana boleh join pun...haha. Makcik yang seluar krim tu memang bagus..dah bongkok pun dia rajin tau join. Hari tu larian rentras desa pun dia join...terasa malu lak saya yang sihat ni tak join.


Muka si comot yg datang lambat...hahaha.

LM datang lambat sebab nak hantar qila masuk pertandingan mewarna. Adik ad dan kakak pun join gak. First time anak-anak ni masuk pertandingan mewarna....kat Qatar takda join camni..hihi. 9.30-10.30 am pertandingan tu.

kategori 7-9 tahun budak berdua ni


Aqilah kategori 4-6 tahun...main cakar je lah qila ni pun..haha.

Ada persembahan badut, ada teka berat pisang, ada cabutan bertuah, pemeriksaan kesihatan dan pelbagai gerai jualan makanan dan macam-macam lagi ada.

Oleh kerana tak biasa,malu, segan dan takda kawan lagi LM keboringan. Langit mendung dan cuaca membahang. Laju-laju pukul 10.30 dah nak balik. Ajak balik semua anak takmo balik. Geramnya...Selamat ada cik pija, borak ngan dia je lah sementara anak main kat taman permainan tu tadi. Letih layan syafiq yang tak mau diam pun ye juga...huhu, program sampai pukul 4-5 juga...nak shopping barang dapur bila laling?malam eh? pastu stok lauk pun takda ni. huwaaa...nampak tak ahkak korang ni busy bebenor!



www.tips-fb.com

4 comments:

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

comelnya adik syafiq tuh.huhu

Yaya Azura aka Naz Azra said...Reply To This Comment

LM makin kurus!

deno said...Reply To This Comment

seronoknya bila ada program sosial yang macam ni kan :)

kiera'sakura said...Reply To This Comment

owh program nie la yang suami akak ngn pakcik tue sembangkn pagi sabtu ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...