Thursday, June 28, 2012

Semuanya Kerana Allah




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Dalam persahabatan ni tak kira alam maya atau alam nyata jika persahabatan kita kerana Allah pasti kita akan bahagia dan gembira. Alhamdulillah macam shida dan yang lain-lain juga, kita akrab kerana saling bertukar cerita tiap hari. Kita baca dan faham luahan hati kawan tu. Sebab tu kita jumpa titik keserasian di sana. 


Bila tercalit sayang, tersemai kasih dalam persahabatan antara kita barulah kukuh ukhwah itu. Bak kata orang cubit peha kiri peha kanan terasa sakitnya. Anak KC Ella sakit saya juga turut risau. Dulu Iffah kemalangan saya juga tak senang duduk sampai sms dik sunah dan sibuk duk tanya shida keadaan iffah. Puteri Katek jual blog dan tutup fb saya terasa kehilangan sampaikan dia add saya dengan acc baru pun saya tak approve sebab tak tau tu dia. Sekarang dah jumpa si kenit tu dah ...syukurlah.


Dunia maya ke..dunia nyata ke..sama saja. LM dalam blog atau luar blog pun sama saja. Cuma dalam blog ligat sikit berceloteh sebab kalau tak celoteh nanti takda entri. Luar blog diam le sikit..eh diam ke..hahaha. Kena tengok dengan saper saya bercakap. Dengan orang yang saya ngam tak berhenti la...dengan orang yang saya kurang selesa dan serasi saya duk sengeh dan angguk je. 


Tapi kan hari tu pernah la sebut 'aku' pastu shida sound...dia kata tak pernah miza sebut aku. Ops..kalau marah memang saya tersebut aku. Tapi ngan adik beradik aku gak. Ngan kawan-kawan jarang sangat aku kau kecuali kawan sek menengah dan kawan masa belajar je dulu. Itu pun yang lelaki je. Yang perempuan sebilik ngan ija, kak lela dan liza dulu pun awak saya....tak reti aku kau la pulak ngan orang. Tapi bila marah...haha, bermonolog memang sebut aku.


Sebut aku ke saya ke takpe kot. Janji persahabatan kita ikhlas. Buat sahabat semua terutama sahabat blog...manisnya ukhwah yang terjalin. Tak ramai yang saya pernah jumpa tapi saya rasa sangat bahagia kerana kalian sangat baik dan bersahabat kerana Allah tanpa niat nak menyakitkan hati dan menunjuk-nunjuk. Alhamdulillah....


Ada orang kata...ala, orang blog mana tau perangai buruk saya...hahaha. Orang blog baca kisah saya siang malam sudah tentu mereka lebih tau pasal saya. Apa makan kegemaran saya, apa nama anak saya...belum tentu kita pernah tinggal setaman awak tau nama anak-anak saya! eh..tu contoh. Tengok persahabatan saya dengan nana...sejak bangku sekolah lagi sampailah  dah kahwin dan sama-sama berblog, kasih sayang kami tetap utuh sampai kini. Syahriena...dah 10 tahun persahabatan kami, pung pang pung pang gurau takda masalah apa. Eh, jangan lah dia merajuk saya tak gi rumah dia lagi...hihi. Ramai lagi..tapi tak larat nak taip panjang-panjang nanti juling korang baca typo saya.


Macam ben pernah kata..followers tu adalah sahabat. Saya juga hargai korang sebagai sahabat. Andai kata terjumpa kat mana-mana terutama Alamanda atau The Mines..tegur sajalah. Saya ni ada anak ramai, kadang-kadang anak buat perangai pasti muncung saya panjang macam itik. Jangan pula kata blogger LM sombong. Anda tak letak gambar dalam blog mungkin saya kurang perasan muka anda. Jika jumpa tegur lah tanpa perlu rasa malu, bukan 24 jam saya mampu senyum bila berada di luar.


InsyaAllah...jika kita ikhlas bersahabat kita akan rasa kemanisan itu. Dan, bagi pembaca blog ini yang cuba add saya di facebook tolong PM saya ye, saya dah 3 bulan tak approve sesiapa yang tak pm sebab saya amat mementingkan keselamatan anak dan keluarga sejak saya pulang ke tanah air ni. Musuh ada tanpa kita sedar...saya perlu berhati-hati. Walau anda wanita saya perlu tau siapa anda. Insyaallah saya tak kisah nak approve sesiapa saja yang sudi berkawan cumanya facebook tu banyak gambar keluarga, saya rasa perlu tau siapa yang bersahabat dengan saya di sana.Harap korang faham.



www.tips-fb.com

4 comments:

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

awak buat saya senyum...
awak buat saya terharu
awak buat saya ketawa
awak buat saya sebak
awak buat saya tak tido lena
awak buat saya berjaga sampai subuh
awak buaaaaaaaaaaaaaaat saya hepi..terasa bahagia kenali diri awak....

thanks awak sudi jadi sahabat saya..kongsi suka duka sama...

syariena said...Reply To This Comment

tanak la guna AKU sbb terlalu mesra smpai kekdg kite ckp lepas dan tak perasan yg kite dh singgungkan hati org..tp kalau adik beradik ok la..merajuk2 pun tetap bckp jgk..dlm sy kontrol ckp dgn miza pun kekdg terlepas gak..sori ye zaa... :p

adele said...Reply To This Comment

kak,akk tggl kt mana smpai boleh ckp kalau jumpa kt alamanda n the mines tu tegurlah..jomlah kta dating,alamanda tu tmpt lepak sy..hehehe

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

walaupun baru lg dan tak aktif sgt tulis di blog ni, saya pun dh sedikit sebanyak rasa mcm LM. seronok berkenalan dan berkongsi pengalaman dan peristiwa harian rakan-rakan blog. Tak payah nak cari teman borak, baca cerita di blog lain dh buat hati terhibur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...