Sunday, June 17, 2012

Suami Melayan Isteri Mengidam



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Zaman sekarang ni dunia makin canggih. Orang pun makan canggih-canggih berbanding dulu-dulu. Kalau dulu isteri mengandung mengidam nak daging rusi, daging kancil ayam hutan...pergilah suami memburu nak penuhi hajat si isteri. Sekarang ni nak semua tu terbentang depan mata, satay rusa, satay kijang, daging unta, daging burung unta...semua ada. Nak telur dadar burung unta pun mudah dapat sekarang ni.

Tapi zaman dulu walau isteri mengidam susah nak dapat mertua atau sedara mara ipar duai tak pula kata isteri tu mengada-ngada, zaman sekarang ni minta makan benda mudah pun dianggap remeh, mengada la itu ini. Takat nak makan yong tau foo kat melaka yang ada sup tu pun kata ngada..bukan sedap pun. ala..benda 5-6 ringgit pun nak merungut kan? Adat orang tua...dengan menantu kebanyakan mereka rasa remeh, cuba nak sendiri nak makan apa pun mereka sanggup sediakan. Kes macam ni biasa terjadi pada menantu yang bukan pilihan hati mertua. Bagi yang terkena batang hidung sendiri jagalah diri dan hati tu elok-elok. abaikan benda remeh yang menyakitkan hati selagi suami penyayang dan jaga kita elok-elok..

Habis bincang kes mertua kejam, iri hati busuk hati kurang iman kurang kasih sayang. LM nak citer malam tadi encik suami ajak minum walau dah pukul 10.30 malam. Liat je nak bersiap sebab dah lewat. Tup-tup sampai je maulana bistro terus layan tekak ngidam yang dah lama nak roti naan dan ayam tandoori.
ni ayam tandoori.


Sepinggan ni RM6. Tak habis pun makan sorang..makan bertiga ngan budak ni. Rasanya...boleh la dari tak ada. Agak kurang menepati piawaian tekak meragam saya. 



roti naan dia...RM2.30.

Haa..roti naan dia sedap, lembut dan tak liat macam biasa walau dah sejuk. Terasa garamnya dan lulus di tekak LM. Tapi kuah hijau tu tak tau apa...so tak berani sentuh.

Maulana Bistro ni baru buka...restoran nasi kandar yang lauknya sedap-sedap belaka. Mee mamak dia maisarah pernah order tapi saya tak tau lah okey ke tidak. Ala...tempat remaja dan kaum lelaki kumpul tonton bola dan melepak juga sebenarnya. Sangat sesak walau dah lewat malam mungkinjadi tumpuan sebab ada wifi dan tempat ni ada wap air tu...so tak la panas macam kedai lain.


Sebenarnya...kat kawasan perumahan saya ni macam-macam kedai ada. Sebab tu saya berminat nak duduk sini lama dan beli rumah area ni. Mudah keluar masuk, nak kerja mudah, nak shopping mudah. Nak ke pasar mudah...segalanya mudah. Sediakan duit je lah kan? ops..sekolah dekat...hehehe.

Okey..jumpa lagi di lain entri ye. LM nak wat kerja.


www.tips-fb.com

12 comments:

amengs88 said...Reply To This Comment

kalau dgr citer org ngidam ni, bnyk citer kelakar... sorang member duduk kl, istri dia nak makan nasik kandar kat penang, tak nak makan kat sni, walhal dah tengah malam..pastu ade sorang member lagi, wife dia nak tgk Lobster hidup, benda da la mahal, klu mkn tak kisah, tapi klu takat nk tengok, kopak duit member.. hahaha

yangbaik said...Reply To This Comment

hmm... nampak macam sedap. Petang ni yangbaik nak pi cari kat area sini. Kuah hijau tu selalunya sedap memang sedap dan tak pernah tak habis (kalau yangbaik la) hikhikhik...

Tina Othman said...Reply To This Comment

salam lm

sedapnya, lama tak makan tandoori dgn naan, dulu2 saya suka makan naan dgn sardin hehe

S..U..D..@..I..S said...Reply To This Comment

singgah lagi best betul baca coretan LM ni...nnt dtg lagi

mamawana said...Reply To This Comment

Sedapnyer roti naan. Hairan ya kebanyakan kedai mamak boleh buka sampai jam 3-4 pagi. Ramai plak remaja dan org dewasa yg melanggan. bersahur kut.

Yaya Azura aka Naz Azra said...Reply To This Comment

sambal hijau yg dlm tray roi naan tu apa Lm? takkan sambal kut..hihi..biasa makan dgn kuah kari kan ?

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

akak pon suke mkn tandoori, tp kongsi la, mmg x abes pon...

errr, yg ijo tu bkn mint ek dik? akak pon xtau, sbb akak bkn peminat naan...heeee

Little Sunshine ( Ka'Yan) said...Reply To This Comment

hehe teringat dulu kak saya penah mengidam nak makan burger tp tak dapat.. skrg ni anak dia pula rajin makan burger..

hi kak LM :)

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

smlm br makan

kat tmn tasik pmaisuri tu

sdppp

deno said...Reply To This Comment

aik... deno pun makan roti nan semalam.. roti nan cheese.. ifa pun makan roti nana... hehe... sama kita bertiga :)

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...Reply To This Comment

org kate kuah ijau u santan...x tau laa cm pelik jee nengook nye..

kiera'sakura said...Reply To This Comment

tetiba lak tingin mkn tandoori tp kira x mkan sgt masak mamak.. wuwuwu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...