Sunday, June 17, 2012

Sukarkah Menjadi Blogger Yang Dikenali?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sukar tak nak bagi orang kenal kita? ramai tanya saya macam tu. Hurm..kalau nak kata susah tu bukan lah susah sangat kalau kita blogger ni nak orang kenal. Tapi bukan mudah sangat goyang kaki tak berusaha. Setiap hasil perlukan kesungguhan dan usaha yang jitu.


Nak dikenali ada 2 cara.
1. Buat Kontroversi
-buat la hal untuk naikkan nama korang. Biar orang sebut-sebut nama korang dalam entri mereka...sure cepat nama korang dikenali. Jadi blogger menipu duit orang ke, plagiat entri orang ke, kaki mabuk ke, kaki ngurat ke. Blogger lucah ke..apa saja yang buruk pasti orang akan sebut. Atau bergaduh sesama blogger...Cepat naik dan dikenali juga kan? tapi...adakah cara tu berbaloi? fikirkan.


2. Rajin up entri. Tapi lah dengan ikhlas dan dengan seronok. Buat entri yang kita suka dengan baik. Jangan tulis merepek benda yang tak wujud. Kongsikan apa saja pengalaman buat panduan pembaca nanti. Moga dengan usaha penulisan kita pembaca dapat sedikit ilmu dan kesedaran serta pengajaran


Entri perlu ada. Kalau takda entri macam mana norang nak datang baca.Keyword juga penting....nak maju dan nak kawan ramai perlu banyak jalan. Tak payah pakai minyak pun...korang blogwalking saja dan mula komen di blog blogger yang aktif. 


Bodek? ada yang kata komen blog blogger aktif dan terkenal tu bodek je...ye ke? nanti kita bincang lagi pasal ni. Tapi tau tak ramai yang follow dan ziarah blog dari komen di blog-blog hebat. 


Akhir sekali...tanam impian dan azam. Jika kita rasa kita ikhlas, insyaAllah orang kenal kita. Walau bukan kenal rupa kita tapi kenal blog kita, penulisan kita. Itu yang penting. Menulis blog bukan bersandarkan rupa dan status. LM pun bukan anak dara...ramai je sudi baca entri pasal syafiq, tips penyusuan, tips kehamilan yang LM share bersama.


p/s: moga kita semua jadi sahabat yang baik. Dunia blogging ni tak luas mana, tak perlu nak gaduh sesama sendiri. Benci membenci sampai hasut menghasut dan hacks blog. Share info dan cerita baik untuk orang baca dan ambil kebaikan yang tersirat, itu sudah cukup baik sebenarnya.






www.tips-fb.com

14 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Sokong , mmg btl LM. Jd blogger ni seronok bg sy, biarla yg singgah kw blog sy tu bpe kerat.. Tumpang gembira dgn pkembangan blog2 yg hebat..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...Reply To This Comment

betoi sis..buat ebtri yang sedikit sebanyak bole bg manfaat kat orang lain..

babycomel said...Reply To This Comment

tak pernah terniat nk jd terkenal or apa. cukuplah sekadar ada teman bercerita.. ;)
thanks akak untuk panduan yg diberikan tu

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

norang tu pe kak

xmola dkenali

ckop ngn kwn2 y ade ni

syg semua ketAT2

mia izzati said...Reply To This Comment

betoi lah tu..bila dah terjebak dengan dunia blog ni baru la kita taw..pi sana..ada orang ni..pi sini ada orang ni..kecik rupanya dunia blog nihh..

amengs88 said...Reply To This Comment

Jemput ke contets sya di http://azmengs.blogspot.com/2012/06/sempena-hari-bapa-hari-ini.html

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

tak susah tapi biarlah dgn cara yg betol

deno said...Reply To This Comment

first time jumpa blog akak terus hati deno melekat kat sini :)

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

sebab rajin BW kita kenalkan LM..rine pun terngin jumpa LM..

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...Reply To This Comment

Tak sukar LM. Yg penting seorang blogger tu perlu ada personaliti tersendiri dan perlu kekalkannya. :)

kiera'sakura said...Reply To This Comment

setuju kak.. nk berbelog kena tetapkn niat dlu, bila rasa dh termerepek ingt blek niat asal tue

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

niat ikhlas...dan bukan atas menunjuk2 kan...

tak ramai kot kenal kakakecik nie..ramai yang kenal kamu la LM hehee...

sayang dengan persahabatan kita

kakchik@ella said...Reply To This Comment

pada KC la kan, dah 2 tahun berblog .. sukar sebenarnya nak jadi Blogger yg dikenali ramai. tapi disebabkan KC bukan mengejar populariti, so KC tak kesah semua tu. Tujuan bukak blog pun utk suka-suka .. bkn cari duit, bukan nak popular. So, KC tak pernah fikir dengan serius pun untuk menjadi popular.

SasauMovie said...Reply To This Comment

Jom kat sini ade CONTEST menarik .
Hadiah menarik .... Yeaaahhh !!

http://sasaumovie.blogspot.com/2012/06/jom-join-contest-mudah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...