Thursday, June 14, 2012

Tips Memasak



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Haa..mari duk dekat sikit adik-adik semua. Kak LM baik hati nak turunkan tips memasak. Hahaha...saja je melawak,jangan marah ye kawan-kawan. Saya bukan pakar memasak pun nak bagi tips memasak. Macam ni...pagi tadi seperti biasa encik suami hantar qila sekolah. Wah, syafiq tido lagi so ummi ambik peluang lari2 atas treadmill je la bagi buang peluh terpendam kat badan ni. Legaaa


Owh, naper saya tak terburu-buru buat bekpes?sebab saya yakin encik laling belikan bekpes..ekeke. Dia bawa balik 2 bungkus..ada mee dan ansi lemak. Sayang nak apa? err saya kata nak mee. Lepas encik suami gi kerja bonda call dan kami borak panjang gak. Tidurkan syafiq try buka mee tengok merah menyala, rasanya sangatlah pedas. Huhu..sedihnya. Tak mampu saya makan mee tu.


Pada saya, kalau nak masak untuk diri atau berjual pun, apa salahnya masak dengan sedap. Masak sedap ni kena ada tips. 
1.Masak dengan ikhlas
2.Jangan lokek bahan...bawang dan rencah kena cukup.
3.Rasalah masakan tu sebelum hidang, kalau pedas siram la sikit dengan kicap ke apa bagi seimbangkan rasa
4.Beragak la sikit nak campak cili atau garam masa memasak...


Semalam inti karipap masin, hari ni mee pedas....sekarang korang tau kan nape saya lebih rela masak sendiri?walau tak sedap minyak kita minyak berkualiti, walau tak sedap garam kita garam yang elok, walau tak enak sayur kita cuci elok-elok. Ayam kita cuci sebersih mungkin. Beras kita beras terbaik...baru boleh janjikan badan yang sihat betul tak?

Masaklah dengan ikhlas baru boleh datang rasa sedap tu...setuju tak?



www.tips-fb.com

13 comments:

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

setuju....

bersama kak Es said...Reply To This Comment

setuju sangat...sebab tu kalau tak de apa sangatn nak masak, hubby kak es kata goreng ikan pun sodap.

pernah sekali tu tgk orang masak mee goreng, bahan2 masih dalam beg plastik merah tu, dia ambik pastu terus potong2 campak dalam kuali. Taugeh pun pun ambik dalam plastik tu juga..tak de la nak celup2 air ke apa..
terus kensel!!

kalau kita kan, basuh telur dulu. sayur2 basuh, tos dulu...
tak sedap macam hotel pun tak pe, janji bersih :)

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

pagi2 jarang buat sarapan..rine pun selalu sarap kat luar..hehehe

Kesuma Angsana said...Reply To This Comment

betul.. saya klu masak mesti mula dgn bismillah n selawat. pah tu anak beranak mesti pulunn msampai licin..hihihi

Yaya Azura aka Naz Azra said...Reply To This Comment

yaya memasak dah kurang yang kaler merah.lebihkan kicap pulak..anak nak tumpang makan..senang kita tak perlu buat dua benda..

kiera'sakura said...Reply To This Comment

betul masak kena ikhlas klu x masakan pn jd x sdap...

pena rozie said...Reply To This Comment

nak sedap lagi sila tambah dengan kasih sayang yer...

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

ikhlaskan hati yeahhh

eiela said...Reply To This Comment

setuju jugak..

Aishah Jahirah said...Reply To This Comment

sangat setuju....semua tu pentingkan baru masakan sedap,kebersihan pn terjamin.

Bazilah (^0^) said...Reply To This Comment

setujuuu, lagi satu kalo bazi msk telur, telur tuh msti basuh dulu hehehe.

deno said...Reply To This Comment

terima kasih akak dgn tips ni :)

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Sangat setuju. Mknan bli tak semestinya sedap.. Byk komplen sana sini. Kdg2 kalau hsbd ckp tomyam r mee grg yg sy masak lg sedap, kita fhm2 le

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...