Saturday, July 21, 2012

Anak Dara Sorang Ni


Assalamualaikum semua. 


Selamat berpuasa, moga ibadah puasa kalian berjalan dengan baik hari ini. Nak cerita pasal anak dara sorang ni. Umur baru nak masuk 9 tahun, tapi sebab ngikut baka sebelah suami, badannya mak ai besar sungguh. Dah dekat sama tinggi dengan LM dah dia sekarang. Terasa LM lak comey bila duk sebelah dia. Ops, maksud comey tu rendah ye...karang ada pula yang muntah hijau.hahaha. 



Sejak kecil memang dia montel pun, dah datang qatar LM buli dia suruh swimming selalu. Biar susut sikit. Tengok gaya dia memang ikut rangka belas suami yang gen besar-besar. Siannye la kalau dia gemuks nanti susah pla makin besar makin menggebu. Kalau lelaki takpe lagi, kalau anak dara tak lawa la pula mata ummi tengok gemuk-gemuk ni. LM sekat makan dia, kawal manis-manis. Banyak juga susut tubuh dia sekarang ni.

Hari pertama shopping barang raya dapat seluar dia je, ye la mana dia boleh pakai brand cheetah kanak2 saiz 14 tu lagi. Siapkan adik-adik dia punya kasut dia pun tak dapat. Muncung sedepa dah dak sorang ni. Bukan takmo beli tapi sebab masa sangat suntuk, level tu takda pakaian saiz dia.

Esoknya pergi siapkan pakaian dia, dapatlah blouse 2 helai dan t-shirt 2 helai. Hari tu dah beli t-shirt untuk dia, cukup la kot. Ala...jusco depan rumah jap je kalau nak shopping. Kasut dia sekarang dah saiz 7 pula. Mak aii, sama saiz dengan ummi? huk huk huk.. Besar dah anak ummi. Umur baru 9 tahun pakaian dah macam remaja 14 tahun. Alhamdulillah pakaian raya anak hampir siap, boleh kata siap la. Cuma nak tambah t-shirt syafiq selai lagi kot. 

Bila raya ni apa yang indah buat persiapan untuk anak. 


www.tips-fb.com

8 comments:

Suhana Shuib said...Reply To This Comment

Budak2 sekarang mmg cepat besar..Anak2 Su pon sama gak.. nak2 yang No.2..pakai seluar saiz remaja..badan boolat cam Su gak..hehe..

zacky786 said...Reply To This Comment

waaa.. untung la dpt ibu yg perihatin.. hehe :)

adele said...Reply To This Comment

Salam kak..

ada anak perempuan mesti nak tengok diorang cantik kan :)

mcmana dgn dating kita?haha

salam ramadhan kak :)

Peri PiA said...Reply To This Comment

dah besar,cantik :)

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

dah besar kalah ummi dia erk..mcm anak dara saya yg sulong cari baju kat size orang dewasa..tp ambik size XS..huhu

KizMySeLf said...Reply To This Comment

susah nak jaga anak perempuan ni Kak.. anak saya pun tengah membesar..

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

uwaaaaaaaaaa..memang dia lagi besar dr kakakecik...tp dia comey..comey mcm mak lang nya hehehe

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Akak pon b4 puasa dh sesiap tuk anak, sian lak Nk heret dia ms puasa.... Alhamdulillah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...