Monday, July 23, 2012

Berbuka Di Kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah hari ke 3 kita puasa di Malaysia ni. Moga ibadah kita semakin baik dan bertambah kualitinya.

Sabtu tengah hari baru nak balik segamat, alhamdulillah dapat borak sakan dengan bonda sementara dia memasak. Motif tak bantu? Sebab nak makan air tangan bonda.. Hihi, keji kan?bonda masak pulut kuning, kari daging dan kurma ayam.

Sempat ke bandar jelajah bazar ramadhan. Sesak, memandangkan hari pertama puasa. Minta air katira kegemaran sebab lama dah ngidam nak air katira. Huk huk huk. Lepas tu cari satay dan beli sayur lemak labu dan pucuk manis untuk sahur.

Alhamdulillah seronok berbuka bersama ayah bonda, lepas berbuka bergegas ke klinik. Semalam pula pukul 12 pulang ke kampung rompin. Petang lawat akak- akak ipar sebelum berbuka. Lepas berbuka, dalam 8.30 malam baru bertolak pulang.

Sesaknya jalan dengan deretan kereta memang meletihkan. 11.30 baru sampai rumah. Walau letih alhamdulillah dapat juga berbuka puasa dengan insan tersayang. Lepas ni balik kampung time raya pula.

P/s: kompius lak... Dulu duk ganu balik 3 minggu sekali, duk sini sebulan sekali kadang- kadang sebulan lebih baru nak balik. Busy sangat ke sampai tak sempat balik? Hurmm memang sangat busy pun.
www.tips-fb.com

6 comments:

zacky786 said...Reply To This Comment

waaa air kathira ! kt sini cari xjumpa

Tina Othman said...Reply To This Comment

seronoknya dapat balik kg buka dgn family kan

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Bestnya balik berpuasa n berbuka di kg.. Rasa masakan mak puas hati..

ieda said...Reply To This Comment

memang seronok LM berbuka di kg nie .. happening kan .. ramai2 ;))

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kakak belum sempat balik kg lagi dik. Syukurlah at least dah jumpa. Kakak ni setiap kali nak bersahur telefon bapak kakak risau dia tak sedar...

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

akak dulu duk ganu ke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...