Thursday, July 26, 2012

Berpuasa Untuk Ibu Menyusukan


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Selamat berpuasa buat sahabat semua. . Syafiq dah setahun tapi makin kuat menyusu. Leper dah perutku yang comel ni...hihi. Bagi kawan yang menyusukan baby juga rasanya pasti ada sedikit rasa letih dan lapar serta kadang-kadang lesu. Apa yang LM amalkan untuk tahan sampai berbuka biasanya dengan beberapa tips. Ecece..tips la konon...hehe

1. Berfikiran positif-LM yakinkan diri boleh berpuasa dan mampu menyusukan syafiq dengan baik nak-nak dia dah makan pun sekarang maka tak perlu risau dia akan lapar atau sebagainya. Dia bergayut tu saja nak manja lebih je walau berjam tak lepas-lepas.

2.Serat-Biasanya LM akan makan kurma masa bersahur tu. Kalau tak larat makan banyak akan makan 3 biji je kurma ajwa(nabi) atau mariyami.Dua jenis tu je yang mampu LM telan selain mabrom...tu pun jumpa kat qatar je mabrom

3.Fiber-Biasanya horlick la yang akan diminum

4.Nasi-Perutku memerlukan nasi untuk bertahan, lain orang lain caranya kan? LM perlu makan nasi kalau tak pengsan!

5.Air-pastikan air tu mencukupi. Waktu sahur tu LM akan ambil air masak beberapa gelas sampailah imsak. Risau sus takda pula nanti di siang hari

6.Stok susu-kalau rajin sepatutnya ibu boleh menyimpan sus badan yang diperah awal-awal untuk baby minum siang hari.

7.Zat mencukupi-pastikan makanan kita berbuka dan bersahur tu cukup zatnya. Ramai tak peduli bab apa yang ibu makan, sepatutnya jika kita menyusukan baby perlu ingat baby, apa kita makan baby akan dapat khasiatnya juga. Dan apa kita makan itulah sumber tenaga kita di siang hari nanti

8.Kualiti makanan-pastikan kita makan makanan yang berkualiti bukan kuantiti yang kita ambil. Ingat...jangan jadikan puasa satu halangan untuk kita menyusukan baby dan jangan jadikan menyusu satu masalah besar untuk kita mengerjakan kewajiban kita pada Allah.


LM 2 kali pernah menemui ramadhan seawal baby 32 dan 45 hari, alhamdulillah dapat berpuasa dengan baik masa maisarah dan azhad kecik dulu. Kebetulan nifas dah habis, dapatlah berpuasa masa tu.



www.tips-fb.com

4 comments:

bersama kak Es said...Reply To This Comment

semalam kak es terbabas jugak..menggigil rasa badan. baby lak nangis sebab dia dah mula meniarap, acapkali kepala terhantuk, mula la bergayut.
Umi pulak terlambat sahur jadi tak sempat minum banyak..adusss

Sampai pukul 3 je boleh bertahan huhuhu

~ yus ~ said...Reply To This Comment

tips yang bagus ni, moga LM dapat berpuasa dan terus susukan baby dengan baik...

Izan Ishak said...Reply To This Comment

perkongsian yg bagus utk ibu2 yg sama2 menyusukan bby dlm bulan ramadhan ni kan...

kiera'sakura said...Reply To This Comment

ok take noted apa yg akak tulis nie.. thanks kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...