Monday, July 9, 2012

Bila Anak Buat Projek



Assalamualaikum dan salam sejahtera



salam isnin buat semua. Monday blues? haa...samalah dengan LM. Malam tadi kebetulan pukul 11.20 baru encik suami balik dari pasar. Dia membersihkan udang, ikan dan ayam dan simpan dalam peti sejuk sebelum tido. LM? gosok baju dan tak bantu apa pun..siannye encik laling kan? tq abang...huhu.

Lepas siap gosok baju LM masuk tido, rupanya dah pukul 2 pagi kot tengok-tengok encik suami depan laptop lagi buat kerja. Laaa tak tido lagi ke? Bila dia masuk bilik, dia tengok baby syafiq pampers dah penuh dan dia salin pampers syafiq. Mata LM memang tak boleh buka dah time tu. Syafiq yang dah tido awal tu mulalah segar mata dan nak ajak kami main dengan dia. Siap berdiri selak langsir tingkap, main lompat-lompat dan gelak-gelak lagi. Mata ummi dah tak boleh buka, dia boleh nak ajak main...menduga kesabaran betul la syafiq ni. 

LM tinggalkan pergi toilet kejap tengok syafiq dah hilang ayah dia sumbat dalam selimut dan peluk erat-erat(kes nak paksa tido...) hihi. Dengar je ummi datang dia bangun semula..ehehe. Main terjun-terjun atas badan ummi pula. Selamat ibu kandung dik, kalau ibu tiri ummi tak tau nasib kamu..eh, ke mitos ek ibu tiri tu jahat? tapi kalau bukan anak sendiri mustahil nak layan dan sayang sepenuh hati kan kan kan?

Buat projek mega pun ummi boleh sabar lagi dik syafiq. Proses pembesaran kamu mungkin indah dengan projek kamu di awal pagi. Ye la...dia baru belajar berdiri, sebab tu nak belajar melompat, terjun dan berjoget walau dah gelap gelita dan awal pagi...hihi. Akibat projek mega syafiq malam tadi, ummi lewat bangun, malah tak larat pun nak bangun. Hurmm...

www.tips-fb.com

9 comments:

Cikpuan rara said...Reply To This Comment

hehehe nasib akk x keje.kalau keje ntah lah.mst x larat nk bangun kan.hehe

-Sara- said...Reply To This Comment

saya [on terlambat bangun pagi nii..anak tak sihat :(

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kalau kakak dapat syafiq tu kakak peluk masuk selimat juga. Terbayang dia main malam-malam kelakarlah pulak...

ros_reeza said...Reply To This Comment

hehhe,.... time malam pulak dia aktif kemain yer...

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

sama la kak dgn lala skrg. letih di buatnya panjat sana sini..

Eiqa Almond said...Reply To This Comment

Comel anak akak. :D
Main lompat2x..
Kesian umi dia..

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

hehehehe kak, petua dari uwan awin... dia kata kalo nk ikan, udang, ayam tu segar, beli tu balik yg basuh dulu, terus masuk dlm peti...nak masak baru cuci, siang2 sume....mcm tu jugak kalo sotong pun :)

kiera'sakura said...Reply To This Comment

xpe kak.. nanti insyaAllah pandai si syagiq nie.. aktif! ligat!

izz iizza said...Reply To This Comment

tengah aktif tu..ada yg kata anak aktif ni bijak jadi biarkan jer..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...