Wednesday, July 4, 2012

Carik-Carik Cinta Episod-5


Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4

Aku semakin buntu, fikiran berkecamuk. "Tinggg.." kunci rumah aku yang segugus tu terjatuh saat aku seluk saku seluar nak ambil telefon bimbit. Haida dan doktor Ridzwan menjenguk ke luar. Aku terkaku di situ memandang mereka. "Syahmi, cari Haida ke?" suara haida lembut menyapa aku sambil mengesat air matanya yang tersisa. " Ye, tapi tak sangka Haida sedang ...."aku tak mampu nak habiskan ayat yang mungkin akan buat Haida terluka mendengarnya. "Haida lapar, jom makan nak?" tanya Haida. "Jom..saya belanja makan ."doktor Ridzwan memaut bahu aku. Aku terkaku. Tak pasti nak mengikut atau nak menolak. Alkhirnya aku hanya menurut mereka ke kantin dan kami makan dalam suasana sepi. Aku tak mampu bercakap banyak. Haida agak hairan dengan perubahan aku. Doktor Ridzwan berlagak biasa ceria dan cuba melawak macam yang aku kenal selama ni.

"Saya minta diri dulu, ada urusan penting, assalamualaikum doktor dan Haida."aku berlalu tanpa menoleh pada mereka lagi selepas bersalaman dengan doktor Ridzwan. Doktor kacak tu memang buat darah muda aku meluap. Mana mungkin aku dapat menahan gelodak rasa cemburu dengan doktor muda, kacak, peramah, baik hati dan serba sempurna sepertinya. Sampai saja di rumah aku terima sms dari Haida."Dah sampai?" aku hanya membalas "Dah". "Tadi diam je masa makan?tak sihat?" tanya Haida lagi. " Sihat je, tak tau nak borak apa." aku membalas."Naper ni?"Haida seakan memujuk. " Takda apa-apa, takkan saya nak bagi tau saya cemburu kot?"ops...aku dah tertaip dan send. "hehehehe..cemburu saya dengan  wan?" " ehem..doktor ridzwan, saya tak biasa panggil dia wan." jawab aku lagi. "Jom jumpa, mungkin ada yang perlu kita bincang." Haida beri cadangan. "Esok pagi saya jemput awak bawa sarapan ye, nanti kita borak panjang ye." aku mengalah dan tak mahu berbaur emosi berbual dengan Haida.

"Kalau saya call awak takmo borak?"haida masih tak puas hati lagi. "Tak perlu call sebab.."aku send. Terus aku laju mendail nombo Haida dan dia terus angkat. "sebab apa?"Haida menyoal. "Assalamualaikum Haida ku, aku meintas. "waalaikummussalam wahai Syahmi ku."jawan Haida sambil sedikit tergelak. Akhirnya kami sama-sama tergelak. Aku terasa bodoh pula angin tak tentu pasal dengan Haida. Malu mula menrjah diri. Bukan malu pada Haida saja, pada doktor Ridzwan juga. "Haida, saya nak cakap sesuatu tapi boleh kita jumpa tak?" aku mula nak jumpa dengan Haida untuk membincangkan sesuatu yang penting. "Awak ambil saya pagi esok kita sarapan sama, okey ke?" aku terus bersetuju dan aku akhiri perbualan kami dengan permintaan maaf atas sikap aku yang kenak-anakan tadi. Malunya aku...lebih malu lagi aku tunjuk perangai bagus aku pada Doktor Ridzwan ...memang terbaik la perangai aku tadi...huhuhu

******

Pagi ni aku bersarapan dengan Haida, kami makan mee rebus yang sedap sebelah kedai pancing udang tu. Kalau teringin nak makan mee rebus aku memang tak lupa bawa Haida menjamu selera ke sini. Dulu aku selalu bawa Ayu, dan mee rebus ni memang kegemaran Ayu. Tapi, kini dah berubah dan Ayu memilih jalan hidupnya sendiri tanpa aku." Awak nak bincang apa?" tanya Haida sambil memberikan aku sekuntum senyuman manis. " Pasal semalam, sorry sangat ye, sebenarnya saya cemburu." aku berterus terang. "Takpa, saya faham..." rendah saja suara Haida menjawab. " Awak bincang apa dengan doktor? apa yang awak tangiskan, dan apa yang awak tak sedia lagi?" aku mula memburu Haida dengan pertanyaan bertalu-talu. Haida tertunduk diam. " Sebenarnya Ridzwan tu sepupu Haida, dia nasihatkan saya jalani pembedahan secepat mungkin. " Pembedahan?" bagai nak gugur jantung aku dengar apa yang Haida sampaikan. 

Aku terdiam, tak mampu berkata-kata. Aku sangat terpukul dengan kata-kata Haida tadi. Aku tak sangka Doktor yang baik tu sepupunya. Lebih tak sangka lagi Haida kesayangan aku menghidap penyakit barah payudara. Lebih menyedihkan lagi Haida minta hubungan kami sekadar sahabat baik saja memandangkan katanya hubungan ini tak akan pergi jauh kerana penyakitnya. Aku tak mampu memujuk Haida tadi. Aku tergamam bila Haida nampak tegas mengatur corak perjalanan perhubungan kami. Aku segera mencapai kunci kereta dan menuju ke hospital bertemu dengan Doktor Ridzwan. Syukurlah dia masih dibiliknya dan sedia berbual dengan aku sebentar. "Ye Syahmi, memang Haida ada penyakit itu, dah sampai ke tahap ke dua dan saya dah desak Haida jalani pembedahan tapi dia tak mahu. Saya tau kosnya tinggi memandangkan keluarganya bukan dari keluarga yang berada mungkin dia agak terbeban. Tapi saya sendiri akan menanggung kos pembedahan itu. Saya cuma mahu Haida jalani pembedahan itu tanpa fikir panjang lagi." jelas doktor Ridzwan. "Soal kos, saya pun boleh biayai, tapi kenapa Haida tak mahu lakukan pembedahan?" aku menyoal doktor Ridzwan kerana pada aku mereka tentu akrab dan pasti doktor kacak itu tau punca Haida berdegil.

"Syahmi, saya perlu berterus terang dengan awak. Walau kami sepupu tapi sejak zaman remaja saya menang menaruh perasaan terhadap Haida. Tapi saya tau dia tak pernah anggap saya lebih dari sepupu walau dia tahu saya sangat menyayanginya. Saya pernah minta ibu saya risik Haida tapi Haida tolak katanya dia sudah punya kekasih hati. Saya rasa awaklah orangnya dan saya yakin Haida tak mahu lakukan pembedahan kerana tak mahu terhutang budi pada saya. Walau saya dah jelaskan saya ikhlas lakukan tanpa mengharap balasan apa pun darinya." Aku mendengar dengan teliti setiap patah yang Doktor Ridzwan sampaikan. Terkejut tapi aku tenang saja mendengar doktor kacak ini juga menaruh hati pada buah hatiku Haida. " Saya akan bincang dengan Haida dan akan pujuk dia lakukan pembedahan secepat mungkin, terima kasih ye doktor." aku berjabat tangan dengak doktor Ridzwan. " Sama-sama, tolong pujuk Haida dan saya harap awak akan jaga dia sebaik mungkin. Saya yakin awaklah insan yang dia sayang tu." Doktor Ridzwan menepuk-nepuk bahu aku.

bersambung...


www.tips-fb.com

1 comments:

kiera'sakura said...Reply To This Comment

ala haida nie tak cuba tak tau.. jgn la menyerah sblm kalah tp btol jugak sbb die x mampu dari segi kewangan..

*cakap senang la cuba klu ada kt tmpt tue.. huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...