Friday, July 6, 2012

Cempedak Dan Deria Ke-Enam


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Cempedak goreng adalah salah satu kegemaran LM. Makan hati kat Qatar takda jual cempedak. Memang memendam rasa je la bila termengidam cempedak selama kat sana dulu. Yeayy...dah balik malaysia suka sangat dapat makan macam-macam. Kebetulan 3 hari lalu nampak orang jual cempedak goreng kat tepi jalan. Tak jadi beli sebab nak cepat sangat masa tu. Hati duk teringat je...huhu.


Tup-tup...pagi semalam encik laling bawa 2 biji cempedak. I lap u la sayang...hihi. Tak bagi tau pun dia tau bidadari kat umah tu nak cempedak kot? alolo...so suwit. Kembang setaman hati LM tau...maka pagi tadi LM pun menggoreng cempedak untuk santapan kami. Eh ada deria ke 6 ke encik lalling saya ek?hihihi....



Oleh kerana tepung beras tiada dalam simpanan ambe..maka resepinya adalah seperti berikut:

Tepung gandum secukupnya
garam secukup rasa
air suam secukupnya
planta sesudu besar.

Caranya: gaul semua bahan dan celupkan cempedak dan gorenglah hingga garing. Saya tak suka letak pewarna, tapi kalau nak kuning korang boleh tambah pewarna kuning ye. Rasanya sangatlah sedap, garing dan...meletop!

p/s: rezeki kami...sebiji kecik tu penuh isi. Jenis cempedak banyak isi...alhamdulillah. Anak-anak tak pandai makan, buat dek je mereka tengok cempedak tu...ahaha..tak suka? bagus la sebab ummi blh mkn banyak. Sejak makan lactolite takda masalah kembung atau pedih ulu hati bila makan cempedak ni..syukurlah.


www.tips-fb.com

8 comments:

Wanzi said...Reply To This Comment

Cempedak memang sedap.... dari jauh kalau terhidu baunya... memang pegi cari n beli goreng cempedak....

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

makan panas2..aduishh..terliur plak.. :p

Bazilah (^0^) said...Reply To This Comment

dah lama x mkn cempedak goreng. Ni yg nak kne mencari balik keje kang..

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Sedapnya cempedak tu.... Produk tu mcm bgus je, lepas bsalin saya nk try jg la. Mmg jenis pyakit sama ni.

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kakak pun tengah mengidam nak cari cempedak nie dik. Hari itu kat pasar malam nak beli tapi belum masak tak jadi, ingatkan kat bahagian depan ada sekali tak ada nak patah balik malas... tunggulah minggu ini balik kg cari...

deno said...Reply To This Comment

deno boleh cuba ni kak.. dah lama mengidam.. hihik

kiera'sakura said...Reply To This Comment

tkut makan byk nanti angin.. hihihi..

*ingat tajuk cerpen tadi :p

eiela said...Reply To This Comment

suka jugak cempedak goreng

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...