Tuesday, July 17, 2012

Cuci Hati



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dah nak puasa dah kan? terkejar-kejar LM nak siapkan pakaian raya anak. Hampir selesai pun. Syukur sangat walau pukul 8.30 baru nak gerak dari rumah terjah jusco malam tadi, dapat juga apa yang dihajati. Seluar maisarah pun mudah lagi nak cari saiz. Cuma baju je belum dapat untuk maisarah dan kasutnya. Muncung itik la dia sebab orang lain dah lengkap.Dia tu saiz dah remaja...mana nak dapat kat tempat kanak-kanak.


Dah nak puasa ni, jangan pikir bab raya je, kita kena siapkan diri jadi yang terbaik. Nak jadi yang terbaik kena cuci sikit hati kita. Kalau dah terbiasa mengumpat ke atau perli dalam double meaning ke apa kata slow-slow kita ubah cara kita yang menyakitkan hati orang tu. Kadang-kadang kita ni memang buat apa-apa takda bukti, tapi Allah nampak niat kita tu. Asal ada je niat nak sakitkan hati orang Allah akan tau. Kita sendiri pun tau...betul tak?


Buat apa lah nak berlumba-lumba dalam hidup ni? berlumba menuju kebaikan takpe lah, kalau berlumba nak tunjuk diri bagus tu tak perlu kot? ingat...kita ni bukan baik sangat sebab ramai lagi orang baik dari kita. Kita pun bukan kaya sangat sebab yang mencipta kita lagi kaya kan? sesama islam sama-samalah kita bermuafakat ambil yang jernih buang jauh yang keruh. Apa yang kusut kita sama-sama uraikan semula jangan bagi tersimpul mati pula.


Hidup kita ni bukan lama sangat pun, pagi ni sihat tup-tup petang nanti kita tak tau ajal kita sampai bagaimana. Jom kita ingatkan diri, jauhi buat dosa kering atau dosa basah. Eh...dosa basah macam mana ek? tak kira lah...apa pun sekadar menaip nak ingatkan diri sendiri dan pembaca di sini juga, selain kita cuci telekung siapkan diri nak sambut ramadhan jom kita cuci hati dan jiwa biar bersih nak beramal sungguh-sungguh ramadhan ni. Jom-jom!


Renungan bersama
*Kadang-kadang ilmu agama kita tinggi tapi pakaian kita tak menampakkan ketinggi ilmu kita
*Kadang-kadang umur kita banyak tapi tindakan kita macam budak sekolah, benarlah kata orang kematangan bukan dari umurnya
*Kadang-kadang kita rajin masak tapi kita lupa nak sedekah pada jiran tetangga-bulan puasa kena rajin sedekah(besar ganjarannya)
*Kadang-kadang kita lupa 1001 kebaikan orang dengan sebab 1 silap dia pada kita(pendendam kan ?)
*kadang-kadang kita asik fikir kita baik dan betul sebab tu bila minta maaf kita selalu kata*kalau saya silap..kalau saya salah.kalau...nampak sangat kita ego tak mengaku salah kan?


kadang-kadang inilah yang sering menjauhkan hubungan kita sesama manusia dan juga menjauhkan hati kita dengan Allah...


p/s:maaf jika kurang faham akibat ada typo.saya menulis dari hati untuk mereka yang membaca dengan sepenuh hati. Saya bukan dengan anak kecil demi menyampai sebaris ayat....







www.tips-fb.com

8 comments:

Outbound di malang said...Reply To This Comment

salam kenal ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya! terimakasih ...

izz iizza said...Reply To This Comment

cuba untuk buat yg terbaik..:)

Suhana Shuib said...Reply To This Comment

bersangka baik juga adalah lebih baik dari bersangka buruk..semoga Ramadhan kali ini lebeh bmakna..

kiera'sakura said...Reply To This Comment

cuci hati, hurm bukan mudah kan tapi x mustahil ye tak kak? ;)

ieda said...Reply To This Comment

insyallah kita akan cuba jadi terbaik utk tahun nie , kali nie .. aminnn ;)

azwa amani said...Reply To This Comment

menarik dan mendalam maknanya tq akak, :)

Belalang hijau Perisik said...Reply To This Comment

manusia mmg pelupa dan sering lakukan kesilapan... sebab tu la perlu ingat mengingati sesama kita :)

Miss PIJAOSIX said...Reply To This Comment

salam..raye nanti jemput mai umah k..hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...