Monday, July 23, 2012

Dulu



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bila duduk sesaje sambil memmikir nak masak menu apa petang ni untuk juadah berbuka terkenang dulu-dulu. Dulu masa duk paka, terengganu wahh seronok bab  menyediakan juadah. Dulu masa duk ganu ada sahabat baik ni suka hantar lauk pauk. Dulu masa mula pindah saya hairan macam mana saya boleh makan masakan kak muhaini walau dia orang ganu dan saya orang johor. Saya ni susah sikit makan masakan yang manis-manis. Rupanya suami kak muhaini ni orang negeri sembilan patutlah dia masak ikut syle macam kami, sedap air tangan kak muhaini.


Selalunya menu ikan percik la yang saya tunggu dari kak muhaini(tak malu kan?) Walau lauk sardin sedapnye kalau kak muhaini masak. Tapi kalau cerita bab bazar ramadhan memang sukar la nak cari kuih kegemaran. Kalau nak puteri mandi lain gayanya, tempat saya berkuah kat sana bersalut kelapa. Cari kuih lompang jangan harap la nak jumpa kat paka dan dungun tu, kuih kasui ada, dari tepung gandum, kuih lompang memang takda. Badak berendam takda, memang sentap tau masa dulu tu. Nak roti jala kuah kari pun susah, ada yang kuah manis. huk huk.


Tapi bila duk area umah sekarang ni pun cara masak lain juga. Kuih cakoi mereka jual dengan kaya...huwaa, sentap saya. Saya suka dengan kuah merah macam cicah popiah tu. Belum cerita kuih lain lagi. Saya agak-agak la kan...kalau nak cari lebih beraneka mungkin saya boleh pergi bazar di putrajaya. Banyak gerai dan beraneka jenis makanan ada. 


Walau di mana kita berpijak di situlah langit dijunjung. Dulu muda boleh makan apa saja, dah remaja purba ni kena jaga makan. Kurma jangan dilupa. Sahur wajib bangun walau seletih mana pun. Dulu dan sekarang dah berbeza tapi kegemaran saya tetap sama...laksa penang! yeayy


p/s: nafsu makan membuak-buak. Beli ikut kata akal bukan kata nafsu supaya tak membazir.

www.tips-fb.com

4 comments:

Suhana Shuib said...Reply To This Comment

Su pon suka laksa penang gak..hehe.. penang mari..;p

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

awak suka laksa penang ke...hehehe

dulu bangun sahur mak kejut...skrg pun masih mak kejut...just arini je bangun masak jugak

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Rine blm dpt selera berparam lg..klu blh nk msk jgk even meehun..

Kesuma Angsana said...Reply To This Comment

laksa penang ! mmg sedap tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...