Thursday, July 5, 2012

Genting Highlands



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sejak anak-anak besar tak pernah kami bawa mereka ke genting highlands...ummi dah merengek-rengek ajak ayah ke sana. Akhirnya 2 minggu lalu kami berjimba ke sana. 

Sebab baby syafiq dalam stroller...maka ummi dan ayah gilir-gilir teman anak main...



Anak yang besar ni mereka main berdua biasanya...



Azhad teman adik qila...


mereka nak naik dinasour land pulak...letih ooo panjat bukit tu.

Binatang ni berbunyi ooo....ummi dengar pun agak gayat.ekekek. Maisarah ngan azhad dah tarik-tarik baju ummi. Siap kena ceramah ngan ummi baru semua okey, tadi nak sangat naik ke sana...hehe. Qila sah-sah la menangis sebab dia siap bunyi dan gerak lagi tu...ekor goyang-goyang. 

Yang lawaknyer adik syafiq ajuk bunyi dinasour lak..adoii budak kecik ni tak takut rupanya malah dia syok berlawan bunyi...hihihi.



Encem tak saye? ehehe...alhamdulillah syafiq tak meragam. Siap bawa bekal bubur, biskut dan susu secukupnya. Tapi..apa yang tak syok pemandangan kat sana kurang enak dengan pasangan remaja yang berpeluk sakan walau tak sejuk pun time tu. Dah la panas terik udara sejuk langsung takda. Banyak dosa sangat kot? huhu...tanpa segan silu boleh kiss-kiss bawah pokok. almaklum budak u baru start cuti time tu memang ramai sangat mereka kat atas tu...huhu.

Arab pun ramai...musim arab dah bermula. Owh ye surau kat sana kira okey la walau gelap gelita tapi ada cermin dan telekung yang bersih. Terbaek!



www.tips-fb.com

11 comments:

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

lamenye tak g sane..
tp time solat sejuk btul ngan air paip tu..hihi..
bf tecik ni makin comey ni nape..hihi

Peri PiA said...Reply To This Comment

comei sgt, :)


risau tgk budak2 muda sekarang

Kakzakie said...Reply To This Comment

Harap-harap telekung bersih bukan tak digunakan tapi dijaga rapi.

maksiat di mana-mana semakin menjadi buat kita bimbang dgn cabaran nak jaga anak kita sekarang...

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

shafiq mmg hensem


dan.. bila bc komen kak zakie.. k,ayu yakin fenomana tu dh jadi ala2 tontonan normal depan mata.. subhanallah..

saniah said...Reply To This Comment

Hehee...mmg penat kan panjat bukit dinosour tu...tp tak syok sgt naik sampan pusing2 je
Klau baby syafiq suka dino apa kata miza bawak bdk2 pergi pusat sains...tgh ada pameran sampai 31julai ni....:-)

kiera'sakura said...Reply To This Comment

mesti syafiq paham pe dinosour tue kata sbb tue die blh berlawan.. hihihihi

emieysandra said...Reply To This Comment

waa..bestnyer baby shafiq pi genting highland..ehehe :D

izz iizza said...Reply To This Comment

sy pun dh lama x gi..

Cik Sara said...Reply To This Comment

eh, dekat genting highland ada dinosor land ke? baru ek?
Apsal tak pernah nampak sebelum ni?? ehehe

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

best rasa kesejukan genting kan LM??

deno said...Reply To This Comment

wah seronoknya!!! da lama tak ke genting... rindunya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...