Tuesday, July 24, 2012

Gulai Cendawan Tekukur LM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam encik suami jumpa cendawan tekukur ni kat kampung dia. Maka paham-paham je lah kena lah masak cepat cendawan ni supaya tak rosak.

LM gulai je cendawan ni, sebenarnya tak pernah makan walau bonda makan benda ni. Kantoi!

Tapi untuk mu suami, daku masakkan istimewa untukmu



bahan:
segenggam cendawan tekukur
cili api 6 biji
kunyit hidup 1/2 inci
segenggam ikan bilis
santan pekat.
serai sebatang(LM saja tambah)
garam

Kisar cili api, kunyit dan ikan bilis. Buangkan bahagian bawah cendawan ni, bahagian akarnya. Cuci bersih sambil ramas lembut cendawan tu. Toskan dan masakkan seperti biasa. Rasakan garam dan tunggu hingga kuah masak.


www.tips-fb.com

4 comments:

Kalamhati said...Reply To This Comment

salam adik..selamat berpuasa!

kak wan tak penah makan lg kot gulai cendawan ni..huhu nmpk sedap je

Suhana Shuib said...Reply To This Comment

lama x makan cendawan ni..dulu masa Su kecik2 selalu pi kebun kutip kulat ni.. buat gulai guna rempah daging pon sedap...

kiera'sakura said...Reply To This Comment

smlm cari cendawan nie ngn mama nk satukan dgn rebung tp xjmpe.. wuwuwuwu

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Lamanya x mkn cendawan ni, grg boh tell pon sodap :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...