Friday, July 20, 2012

Jangan Bergaduh Bab Balik Raya



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Salam ramadhan selamat berpuasa buat sahabat yang berada di Qatar dan adik2 madinah serta sahabat di seluruh saudi yang telah mula berpuasa hari ini. Selamatmenyambut ramadhan buat semua sahabat di malaysia dan indonesia juga seluruh dunia yang singgah membaca.


Belum pun puasa tapi dah ramai tanya LM rasa mana nanti? Semalam shida tanya, ops..ambik masa seminit dua baru mampu nak jawab. Bukan apa jika salah kira rugilah diri kan? ahaha..(ketawa jahat). Kalau LM yang jarah rumah bonda ke rumah mertua tak sampai sejam ni kami akan balik lepas zohor biasanya. Kalau turn pagi tu di rumah mertua lepas zohor terus berdezup ke rumah bonda di segamat. Begitulah sebaliknya.


Itu kes rumah dekat-dekat...kalau jauh-jauh biasanya mereka balik raya bergilir. Tahun ni umah i tahun depan umah u ye? kamu pun dulu macam tu....kalau tahun ni pagi raya di negeri sembilan, raya haji di segamat. So tahun depan tukar pula. Tapi bagi suami yang mementingkan diri dan ego biasanya mereka tak fikir pun perasaan isteri. Mereka nak tiap tahun raya rumah mak dia je, siannye lahai isteri. Makan hati berulam jantung. Ye, mak suami kena anggap macam mak sendiri tapi tak sama kan? nak-nak kalau mertua tak anggap menantu macam anak dia camne tu? bukan semua mertua sayang menantu perempuan kan? kalau yang tau agama dan penyayang tu untung la...kalau yang tak tau agama dan menetapkan tiap kali raya perlu raya di rumah mereka sebab itu anak lelaki, ha...kena ada rundingan khas ye antara suami isteri tu. Jangan gaduh-gaduh. Tak baik!


Isteri kena tolak ansur, suami pun sama. Walau pakai duit ringgit suami tapi ingatlah, sebelum kahwin dulu awak dah janji nak jaga anak orang, dah kahwin pandai-pandailah ye, jangan ikut sedap sendiri je. Kalau rumah mak awak lebih selesa rumah besar takkan awak tak mau beraya kat rumah mertua rumah taman? tak da tempat nak rehat, takda tempat nak baring? amboiii macam balik sebulan pula raya tu? buat apa pun jangan sampai mencalarkan perasaan pasangan. Takmo gaduh-gaduh, ini belum puasa dah undi nak balik mana...hehehe.


Puasa ni bukan tiap bulan, sebulan je dalam setahun. Banyak boleh kita kaut pahala time bulan puasa ni. Kalau masuk bulan puasa je dah bermasam muka suami isteri dan tak bertegur sapa akibat benda remeh bab balik kampung tu berbaloi ke kawan-kawan? harapnya kali ni bincang elok-elok ye, takmo gaduh-gaduh. Kuasa di tangan lelaki, duit pun dari kocek suami, tapi lidah isteri dan suara lunak isteri yang berbincang dalam kebijaksanaan tu kan mampu memberi keputusan yang bagus buat kedua belah pihak. Nak menang tak perlu bergaduh, bincang guna akal pun boleh capai kata sepakat. Betul tak?


Esok nak balik jumpa bonda...yeayy!!, ahad balik rumah mertua dan lepas berbuka baru gerak balik. 


p/s:ada typo...haha, cubalah phm sendiri ye, saya taip sekali lalu nak cepat sebab ada baby syafiq ni. Jangan bahan typo saya tapi cuba fahami apa yang ingin saya kongsi moga ia bermanfaat buat kita semua.







www.tips-fb.com

7 comments:

Dania Eryati said...Reply To This Comment

erm kebiasaan ni..hihihi..sy pun pernah...

Peri PiA said...Reply To This Comment

Setuju sgt dgn apa yg LM tls ni

Alhamdulillah ,kami xpenah ade masalah ni

Miss Fifi said...Reply To This Comment

jangan gaduh2 ye :)
selamat bertemu Ramadhan 1433H

Sunah Sakura said...Reply To This Comment

raya tahun lepas..ade sesuatu yang mak tuturkan yang buat saya tersentuh dan berfikir panjang...

dia kata, kali ni je la kamu raya kat sini kan, tahun depan da raya kat sana...

besarnya harapan mak agar saya segera bernikah....

tapi rezeki belum sampai...tunggu masanya Allah akan bagi juga kan...

mungkin juga Allah nak bagi saya raya puas2 dengan family saya tahun ni... :)

Kakzakie said...Reply To This Comment

Betul dik.

Tapi kakak sebab keluarga abang sikit so dari dulu Hari Raya aidilfitri mesti ke rumah abang dulu walau sekarang MIL kakak dah tak ada. Raya Haji balik kg kakak aje sebab kg abang tak ada org - biasa cuti sehari je kan.. Rumah abang tak ramai berbanding rumah kg kakak bilik air tak sempat kering dik...

Selamat berpuasa dan maaf dari kakak ye.

fuza said...Reply To This Comment

Sejak kawin arwah mak mertua dah tentukan giliran raya.. Tapi saya sangat bersyukur kerana dia perintahkan suami saya agar bawa saya beraya dengan mak abah saya dahulu kemudian baru beraya dengan Umi.
Dan tahun berikutnya beraya dengan dia dulu..dan begitulah seterusnya hingga kini ikut giliran dan tiada masalah.. Alhamdulillah..
Tahun ni giliran saya berhari raya dengan mak ayah saya pulak... Selagi hayat mereka dikandung badan..hargailah mereka..

Alfatihah buat umi mertua Padilah Hashim..

Aziela said...Reply To This Comment

Terkenang pula kebenaran tulisan LM. Kalau yang tiada agama tu, hatinya lain sikit kan. Memang banyak terpapar depan kita sikap2 orang yang lupa fungsi mereka sebagai manusia. Mereka fikir boleh menongkat langit selamanya kot. Lupa ada penentuan untuk semuanya nanti... Yang dah terperangkap, terpaksalah menjeruk rasa membina benteng kesabaran. Semoga ada rahmat untuk semua yang bersabar dan tabah. Amiin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...