Tuesday, July 24, 2012

Juadah Apa?

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Juadah apa berbuka tadi? Alhamdulillah walau syafiq asik nak berpegang tapi sempat lagi LM masak simple- simple.

Menu hari ni rebung masak lemak putih, ikan cencaru sumbat yang dibakar, sambal kicap(sebab nak pedas),dan kuihnya LM cuma buat roti sardin. Lepas ambik budak sekolah pukul 6.10 baru terhegeh- hegeh kukus roti dan menggulung. Baru nak masak sardin, fuhh mujur sempat.

Encik laling pula sibuk nak ke bazar tanya nak beli apa. LM kata kalau nak beli jangan kuih sebab takut tak sedap dan amat mahal. Beli air sajalah... Syukurlah dia bawa balik air tebu dan kegemaran saya air KATIRA!

Dah 2 kali dapat katira.. I labiue laling.. Suka sangat katira. Dulu rajin wat sendiri tapi kembang semangkuk lak takde so beli je la. LM suka masak sebab lebih sedap, jimat dan yang penting lauk tu boleh makan untuk sahur. Sebab ada gastrik memang kena makan nasi berbuka dan sahur, dah la menyusukan baby syafiq... Letaq lutut lapaq.. Huhu

P/s: korang menu apa tadi ek?
www.tips-fb.com

7 comments:

mamawana said...Reply To This Comment

Salam Ramadhan

Rajinnyer kukus roti sardin. Mesti sedap kan. Tadi mama and family no kueh2 just sebutir buah kurma each and makan nasi panas2 lauk sup sayur, ikan bakar sos pedas, itu ajer. :-)

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

puas hati klau msk sdiri....LM ni kira gigih sb dapat msk mcm2 dgn ank kecil, ms pun singkat lak tu..

zacky786 said...Reply To This Comment

waaa air katira sedap !

emieysandra said...Reply To This Comment

alhamdulillah, emiey berbuka dengan kawan-kawan. beramai-ramai. terubat rindu kt umah =)

Zulkbo zulkboCom said...Reply To This Comment

salam..
ermm..air KATIRA?
tak pernah dengar
dan minum lagi..huhu

diana said...Reply To This Comment

berbuka saya makan betik dengan kuih tepung talam je..minum air bandung cincau..minum sampai kembung perut.tu yang tak lalu makan nasik..sudahnya sahur tadi pulun makan nasik 2 pinggan..hahahah..saya kalau sahur memang makan banyak..:p

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

air katira tu cmne erk awk..ada gak adik junior orang jhor post dia sedang mencari air tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...