Wednesday, July 25, 2012

Kecik Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bulan puasa ni rasa lemau je LM ni. Syafiq melasak dah la asik nak menyusu je. Bergantung je, grrr

Makin besar makin kuat menyusu. Bukan marah tapi geram sebab dia tak bagi peluang ummi buat kerja lain. Semalam kecik hati dengan syafiq. Ummi lipat kain dia konon nak bantu. Habis sebakul dia kirai sehelai- sehelai. Ummi merajuk dah takmo lipat dah,pagi ni tengok kain sakit mata je. Huhu

Masa sahur dia perasan ummi tak kejut dia laju je dia turun katil cari kami kat luar. Kecik hati kot orang tak kejut dia sahur. Alahai dak kecik ni, baru setahun dah sibuk nak sahur. Dah 5.30 pagi tak sempat sahur apa syafiq makan kurma 3 biji je la. selera lak tu... Hihi

Azhad terkulat- kulat telan nasi, LM ambil cereal dan susu sua pada dia, risau lapar lak siang nanti. Maisarah pandang je,tak pelawa sebab dah lewat dan dia makan je nasi tadi,jangan kecik hati dah ler minah tu.

Tengok encik laling menyuap nasi dan bertambah rasa sentap ooo... LM ni makan nasi macam tertelan tulang ikan, perit berduri je rasa. Hubby camne boleh selera ye? Hul huk huk... Eh diana pun mampu makan time sahur. Korang boleh makan nasi ke time sahur?

P/s: ada typo? Buat2 paham dah la ye, kalau nak semak 3-4 kali x up la entri ni. I busy!
www.tips-fb.com

10 comments:

Lelord said...Reply To This Comment

huhuhu x lalu sgt mkn nasi la...pagi ni jek sahur roti bakar

diana said...Reply To This Comment

teringat pulak masa maisara umur setahun dulu.memang tiap2 pagi dia bangun sahur.kiranya kalau kat baris umah kami tu,dengar suara saya dengan dia je la..kecoh..!hahaha...

mungkin sebab dia makin lasak..sebab tu kuat nyusu kot..kan??tapi semangat betul badan dia..sedap tu kalau peluk..ahah

ieda said...Reply To This Comment

bdk2 nie dikk
semangat mereka nak puasa adakalanya melebihi kite ;))

~ yus ~ said...Reply To This Comment

saya mmg makan nasi time sahur, kadang bertambah lagi, tp dgn syarat nasi panas2 dan lauk pun baru masak, kalau lauk lebih malam dan nasi sejuk mmg terkulat-kulat.

Peri PiA said...Reply To This Comment

hihihi,boleh juge la telan nasi time sahur

masmurni said...Reply To This Comment

akak boleh mkn nasi masa sahur tp mesti kena ada telur goreng dgn kicap....hihi

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

Sis mmg wajib mkn nasi. Klu idak lemau..
Ttg shafiq tu... Mmg kan... Time bulan puasa kesabaran kita diuji..

Moga lydia tabah

kiera'sakura said...Reply To This Comment

kadang blh makan nasi kdang tak boleh.. huhuhuh

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...Reply To This Comment

assalamualaikum sis. =)
syafiq bam-bam memang tak mam susu botol ea sis? sian pulak sis sb puasa kan.huhu~
selamat berpuasa semua.

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Akak buat2 paham, hakhakhak

Akak pon x selera min kalau pepagi.... Anak akak mkn smbl pejam mate...hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...