Monday, July 2, 2012

Lactolite Menemukan Kami



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pertengahan bulan 5 yang lalu kebetulan LM ada membeli produk lactolite dengan blogger doctor yang dikenali iaitu doctor hafiz. Alhamdulillah setelah makan lactolite seminggu memang nampak sangat perubahan pada diri LM yang selama ini selalu menderita sakit ulu hati. 

Silap makan, lambat makan, terlebih makan pasti akan sakit perut dan uli hati sampai susah nak berdiri dan lakukan aktiviti seperti biasa. Paling geram makan on time pun sakit juga. Syukurlah kebetulan setelah mencuba produk yogurt ini dengan izin Allah LM dah tak sakit lagi.

Paling menggembirakan hati...berat susut hampir 4kg setelah minum minuman ini. Segala kerak dalam perut yang tersimpan tu dah selamat di buang sampai 4 kg dia bertakung dalam perut LM rupanya. Pipi pun dah kempis sikit dah...bdan rasa ringan, tiada lagi rasa lesu, rasa kenyang dan paling best tak perlu berguling sakit gastrik lagi. 




Beberapa hari lepas kebetulan encik suami takda di rumah, tiba-tiba ada orang bagi salam. Muka dah pucat ni orang datang tiba-tiba. Main sarung je abaya yang ada terus buka grill. Rupanyanya Dr Aisyah datang dengan Dr Hafiz. Bertambah pucat muka LM tiba-tiba nampak Dr Hafiz. Tak sangka Dr Hafiz tercegat depan rumah dan saya pun tak cam muka Dr aisyah ni sebenarnya...

Kebetulan mereka lalu area rumah LM dan terus singgah memandangkan alamat LM ada pada Dr Hafiz masa LM order lactolite hari tu. Bagai orang ngantuk disorong bantal, memang stok lactolite dah nak habis pun, terus minta pada mereka nak terus beli...hehehe.






LM dan Dr Aisyah, dia biasakan dirinya kak Aisyah..sangat peramah dan cepat mesra. Tak sangka dapat peluk-peluk laga pipi dengan beliau. Alhamdulillah apabila sahabat alam maya bertemu memang sangat indah perasaan itu hingga tak tergambar dek kata-kata. Ops..kak Aisyah ni orang muar tau, senegeri dengan LM.

Ada yang ada gastrik, pedih ulu hati dan ingin menjaga kesihatan diri dan minat nak cuba lactolite boleh pm saya...insyaAllah ramadhan yang akan datang ni akan lebih mudah dengan lactolite. Nak tau keunikan lactolite klik sini



www.tips-fb.com

9 comments:

AL AZRUL said...Reply To This Comment

Lactolie, first time dgr nma produk ni

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Bkan lactolie tp lactolite brg keluaran Hi-O marketing

Scarlett O'Hara said...Reply To This Comment

Bila pulak kita nak jumpa ek Miza!

Muzel Zay said...Reply To This Comment

Hihihi..sy pun minum lactolite ni sis :)

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

LM..org preggy blh mkn ke?

Tina Othman said...Reply To This Comment

oh nanti nak suggest ke kawan, sebab dia selalu kena heartburn ni

Yaya Azura aka Naz Azra said...Reply To This Comment

boleh kempiskan pipi..part nie yg best dengar nie..hihi..

kiera'sakura said...Reply To This Comment

klu kira minum lagi keding la jawabnye.. huuhuhu

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

brape satu paket tu kak...sy pun selalu rs pedih hulu ati..nak nak kalau makan benda sejuk mcm terung, timun, mcm tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...