Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bulan puasa ni Qila balik sekolah awal sikit. Minggu lepas saya okey je, minggu ni dah mula kelam kabut. Tengok jam pukul 11.15 laju-laju tukar baju bergegas ke sekolah dia. Tercegat di depan sekolah tak keluar-keluar. Padahal duduk dalam kereta dah 10 minit tadi. Lepas tu membantu sana tanya, dah nak ambik ke kak? hari ni pukul 12 baru balik. Ops, lupa rupanya. 11.15 tu hari jumaat, entah kenapa boleh lupa. Balik rumah semula, pukul 12 baru ambik dia...huhu
Nanti lepas raya sure lupa lagi ni, sah-sah saya nak ambik awal pula. Apa yang geram ambik je dia menangis, uik nape nanges? takmo cakap. Dalam kereta dia baru nak bagitau. Cikgu kata dia tinggal. Lorhh..tinggal? hurm, qila ni kalau orang tak rapat gurau bab tinggal ni sure la dia menangis. Mana lah ummi boleh tinggal dia kat sekolah tu, ummi pasti ambil dia. Sian pulak menangis sebab fobia ummi nak tinggal dia kat sekolah tu macam ibu bapa yang kerja.

9 comments:
alolo..kesian dia..hehehe
siannyer.. budak2 gitulah !
alalla..comel je..hehe
ahhaha sekali gurau yee
budak2 kan kalau gurau mana dia tahu bezakan ..
same je kat nursery zahrien..
tapi zahrien buat relax je sbb cikgu dia banyak kali gurau macam tuu ekeke ;)
ala ala sian kt dia.. mesti cikgu tue gelabah bila Qila dah nangis.. hihihi
@Chekgu Azrineemo sangt risau ummi x ambik
@Kesuma Angsanatu la kan..sian lak
Ala siannya, sekali sekala ummi lambat. Apa nk buat, bukan sengaja kan? Tu yg saya kalau boleh taknak bg no fon pada parents. Kalau tak mcm2 pesanan dapat drp parents yg lupa. Ada penah mtk bg duit, tlg bg tahu kunci tgl kat mana n mcm2 la.
kalau maisara tak ambik pun tak pe..
yang pelik nya bla balik umah nangis..
"kenapa ayah ambik maisara awal sanagt.."
rasa nak gigit2 je dia..
Post a Comment