Wednesday, July 18, 2012

Mencuit Hati



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Aqilah ni anak ke 3 LM bagi yang dah biasa baca blog pink phanter ni pasti tau tentang aqilah. Dulu selalu cerita pasal dia sekarang dah selit pasal syafiq pula. Qila ni paling gelap antara adik beradiknya. Dia sendiri kalau bebel dalam kereta selalu cakap, abang ad putih cam ummi, qila itam cam ayah...hikhikhik. Comel je bebel qila tu. 

Aqilah ni suka berceloteh macam ummi kot? tapi ummi celoteh dengan orang yang rapat dan mesra, dengan yang tak mesra diam-diam saja. Dulu masa sekolah memang tak banyak cakap terutama masa sekolah tadika dan sekolah rendah. Asik jadi mangsa buli adalah. Tapi Aqilah ni memang suka berceloteh, entah siapa je dia akan tegur. Ramah nye? huhu. Kalau LM solat kat masjid dia akan sembang dengan makcik yang ada sana kalau dia tak bawa telekung dia. Risaunya hati dia ramah sangat takut dia ikut orang tak dikenali pergi...huhu. Sebab tu kalau nak keluar pasti LM bawa telekung dia sebab nak dia solat sama biar dia tak beramah mesra dengan semua orang.

Aqilah ni hitam manis tapi sangatlah rajin mencuit hati ummi. Kadang-kadang kalau letih ummi dah moody. Diam seribu bahasa. Tup-tup dia datang kata kat ummi,"asya ada something nak bagi ummi" (asya tu dia biasakan dirinya marsya nama keduanya).Rupanya dia petik bunga raya kat luar bagi kat ummi. Sob sob sob...terharunya ummi. Pada dia bagi hadiah tu mampu memberi kegembiraan kot? kadang-kadang bunga plastik yang mereka adik beradik hadiahkan sempena hari ibu haritu berkali-kali qila hadiahkan pada ummi. 

Aqilah Marsya ni tak lokek pujian. Kalau sedap memang dia akan cakap sedap.  Walau sambal telur je pun, puji melambung-lambung. Tapi bahayanya budak jujur macam ni kalau dia tak suka dia cakap tak suka. Kalau tak sedap dia kata tak sedap. Contoh kalau somebody masak mihun singapore tapi rencah ikan bilis, dia akan cakap, tak sedap lah...tak macam ummi masak. Masa tu rasa macam nak tekup je mulut dia risau orang dengar...huk huk huk.

Aqilah ni manja sangat. entah la tak tau nak cakap macam mana nak renggangkan dia dengan ummi. Sekarang pun masih merengek masa ayahnya nak tinggalkan kat sekolah. Walau tak menangis tapi dia sedih ditinggalkan. Balik rumah dia cakap dia rugi gi sekolah tak dapat duduk dengan ummi macam baby syafiq. Alolo....suwit je ayat qila. Bila ummi jemput balik sekolah dia berkepit je ngan makcik cermin mata dia tu. Amboi...manjanya? terima kasih buat makcik cermin mata. Walau qila tak chomel putih gebu cam pelajar lain tapi makcik cermin mata rajin layan qila, rajin bagi qila gula-gula. Sayang qila macam anak sendiri. Ummi pun sayang makcik cermin mata. Kita  hadiahkan makcik cermin mata something nak?

p/s1:tiap ibu sangat sayangkan anak-anaknya. Mana ada sikap pilih kasih walau ada 10 anak. Walau tiap anak berbeza perangai tapi tiap anak punya keistimewaan sendiri. Betul kan?

p/s2: tau tak kita bila kita kata ibu kita pilih kasih tu sangatlah menghiris perasaan mereka? fikirkanlah buat anak-anak di luar sana. Kasih pibu tak bertepi. Sayang bapa tak berpenghujung.

*eh nape lak rasa hiba tetiba nih..huhu




www.tips-fb.com

5 comments:

kiera'sakura said...Reply To This Comment

ala ala ala suwitnya Aqila Marsya nie.. sedap nama dia kak.. asya x ramai org ada nama tue sebab tue dia suka kot kan klu lain dari yg lain.. hihi

Kesuma Angsana said...Reply To This Comment

sama macam my bongsu daughter tu! tp dia tak kata dia hitam , tapi sebut adik ni manis macam abah kan, tapi abah terlebih manis sgt huhuhu

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

sweet je aqilah.. bagus sebab dia ramah..so dah tahu dia tak jenis sombong..tp kena selalu ingatkan dia..jangan tegur orang yg tak kenal..lelama ok kot

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Comel aqilah, sesuai dgn nama yg comel ni. Ala, htm ke? Sy tgk tak la sgt, lgpum budak pompuan, nati dh besar nampak cerah la tu. Syukur Aqilah ni budak yg baik n peramah. Tu yg lg penting.

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

aqilah memang comel..betah bercakap..

eh mcm nak letak nama baby baru nanti asha la kaalu pompuan..kakak nya aisya adik nya asha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...