Thursday, July 19, 2012

Pandu Laju Sangat!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Macam biasa memandu lagi hari ni selagi daya menguruskan anak-anak. Hujan pulak dari pagi tak henti-henti walau pun sekarang cuma renyai-renyai tapi bisa membuat jalan sesak dan trafik kurang lancar.


Dalam sesak ni geram pun ada bila ada pemandu yang memandu terlalu yakin sampai hampir menyebabkan kemalangan. Bawa kereta laju kemain pastu nak melintas jalan sedap-sedap julur kereta tanpa fikir kereta datang. LM yang duduk belakang dia pun tergamam tengok dia hampir melanggar kereta seorang wanita. Saya syak wanita tu hamil. Pucat juga muka wanita tadi akibat terkejut lelaki tadi meluru nak melintas dan hampir merempuh dia.


Lama juga wanita tu baru mampu gerakkan keretanya. Mungkin tergamam dan terkejut kut. Walau lelaki tu dah angkat tangan suruh dia jalan dia masih tak gerakkan kereta. sian pulak tengok wanita tadi. Mesti dia terkejut sangat. Apa pun LM rasa kita ni nak pandu kereta laju tu takpe tapi kenalah tengok tempat. Nak melintas jalan kat taman perumahan tak perlu lah laju semacam sampai menyusahkan orang lain. 


p/s:kalau berdentum tadi mesti saya fobia nak pegang stereng sebab berlaku depan mata sendiri kan?

www.tips-fb.com

15 comments:

Peri PiA said...Reply To This Comment

betul tu LM,ramai pemandu jadi lain mase atas jalan ;(

tadi pia kena simbah air hujan sikit,hjn dah benti kami naik moto

kalau gadis tu bwk pelan sikit mesti pia xkena.perlu ke laju2 kat jln bandar yg sesak ni??xfhm btl

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

sgt tak suka bila nk uturn byk kete then nk lintas simpang pn byk kete...xberani nak curi ruang...tp bila dpt curi ruang, cepat2 bawak lelaju sbb takot keta belah sane tu tak sempat brek...hehehe...

Suhana Shuib said...Reply To This Comment

uishh bahayanya..biadap betoi la pemandu lelaki itu.. seb bek x jadi apa2..eiii..(sory kak su tlebey emosi)

diana said...Reply To This Comment

ye la..
kalau yantg berdentum tu dia sorang2 tak pe jugak..tapi bila melibatkan orang lain,buat naya je..
beringat la sebelum kena..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...Reply To This Comment

kalau kat china ni mmg depa drive x kenal apa itu BRAKE kak oii..maen lajuu jeee...kita yg jalan kaki ni dok berhati2 dgn depa walaupun kita ditempat yg selamat..

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

kalau lalu di persiaran kewajipan mmg cukup ramai pemandu yg ragam gitu.. sy geram betul tp kdg2 cuak juga takut berlaku kemalangan.. diorang ni mcm tak sempat nk baliik, tak pikir pengguna lain langsung...yg kete kecik atau besar pun sama je.. dh la jln kewajipan ni lorongnya dh jd 2 sebab pembinaan lrt.

eiela said...Reply To This Comment

ntah apa dikejarnya kat orang tu ntah la.

Syira said...Reply To This Comment

salam..

benci dgn pemandu y pentingkan diri sendiri..

salam ramadhan dari syira. maaf jika ada tersalah bicara.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Peri PiAkadang2 sukar nak faham org yg sedang meandu ni pia

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Mrs. Abiawin sama cam akak..klu pas masuk simpang pun akan tekan minyak sambil debar2.hahaha

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Suhana Shuibsaya pun emo td kak su

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)bangsa mereka mmg camtu kot? entah la mungkin juga budaya memandu kat sana mmg camtu agaknya

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Aisy Nasihatu la psl..padahal bkn la byk sgt beza jarak waktu smpi tu pun.tp pandu mcm nak terbang

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@eielasakit perut.hahaha

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Syiramkn hati je pandang perangai camni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...