Friday, July 13, 2012

Perjalanan Hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perjalanan hidup ada sukar ada mudah. Ada lancar ada yang berliku.Mungkin semalam sejarah hidup kita tidak seindah insan lain tapi kita layak meneruskan hidup pada hari ini dengan izin Allah. Walau sesat jauh kita pergi dari landasan yang Allah tentukan tetapi kasihnya Allah pada kita tidak pernah sekali dia tarik nikmatnya dari kita. Kita masih dapat hirup udaranya dan masih dapat menggunakan anggota badan kita dengan baik tanpa Allah tarik nikmat itu.

Kadang kala kita lupa bersyukur. Kita lupa limpahan nikmat yang Allah beri. Bila sakit baru kita sedar owh besarnya nikmat kesihatan selama ini aku dapat. Cuba fikir jika kita jarang sakit, adakah kita sentiasa jadi insan yang sentiasa bersyukur atas nikmat Illahi?

Sihat atau sakit, susah atau senang kita tak wajib bersyukur pada nikmat yang ada. Jangan lupa kita ni terlalu kerdil di bumi Allah ini.

P/s:dah baca surah al kahfi tak hari ni?
www.tips-fb.com

5 comments:

izz iizza said...Reply To This Comment

sentiasa lah kena bersyukur...

Mooniqueen said...Reply To This Comment

Betul tu LM.. Kdg2 kita ni tak reti utk belajar bersyukur...

Kesuma Angsana said...Reply To This Comment

sgt2 bersetuju !

pena rozie said...Reply To This Comment

Alhamdullilah... masih bersyukur...

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Sokong ni... kadang2 kita cuma ingat Dia bila ada masalah.. Sementara diingatkan dan teringat, wajarlah kita bersyukur atas pemberianNya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...