Wednesday, July 25, 2012

Resepi Cencaru Sumbat LM




Assalamualaikum...lupa nak share resepi cencaru sumbat LM menu semalam ni. Mana tau andai ia bermanfaat buat sesiapa yang menyukainya. Ikan cencaru bakar ni kalau beli pun bukan dapat harga 3 ringgit pun kan kalau besar.

bahan: 
2 ekor ikan cencaru-seeloknya belah belakang, LM punya orang jusco tu yang *belah depan pulak.
*bawang besar sebiji
*bawang putih seulas
*cili kering 7-8 tangkai
bawang besar dihiris 1/2 biji
garam
minyak 

Caranya: bahan bertanda* perlu dikisar.tumiskan bahan kisar tadi hingga naik bau, tambah garam secukupnya, jika suka manis tambah gula sedikit. Letak bawang hiris tadi. Biarkan hingga masak dan terus sumbatkan dalam ikan tadi.

Bagi yang nak bakar terus pun boleh, tapi sebab perut ikan tu penuh, LM bungkus dalam aluminium foil dan bakar atas kuali ajaib LM...ala kuali pemanggang tu la, kalau takda letak atas kuali tefal pun takpe. Api perlu kecil ye

Biasanya LM makan bersama sambal kicap. Lain orang lain selera...Lm masak ni ikut apa yg LM nak. Kalau suka kelapa letak la kelapa, suka belacan tebur la belacan suka pak aji curah je lah ye


www.tips-fb.com

4 comments:

-Sara- said...Reply To This Comment

senang je boleh try pasni :D

kakchik@ella said...Reply To This Comment

adik. ni feveret akak.

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

slurppp!!!! kecur liur!

Husna said...Reply To This Comment

feveret sy n hasben. mine letak serai n bawang putih kena byk..cili api kena ada kasi kick pedas tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...