Friday, July 27, 2012

Roti Sardin


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Roti sardin ni kegemaran LM dan anak-anak. Hari tu rasa nak makan pukul 6.10 laju-laju buat kejap. Mudah dan sedap itu sangat penting. Sebab anak-anak nak makan LM cuma buat sardin tu pakai cili hiris saja. Ada yang nak cuba roti sardin style LM ni?

bahan:
A
Roti keping(LM guna gardenia)
telur 2 biji
garam secubit

B
sardin(LM guna cap ayam)
1 tangkai cili merah 
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 sudu teh asam jawa
sedikit garam

cara: masak sardin tu dulu dan sejukkan. Pastikan isi sardin dihancurkan.Buangkan kulit roti supaya mudah nak gulung nanti.Didihkan air dalam periuk dan letak tapis atasnya dan kukus roti tadi agak-agak 2-3 minit biar lembut sedikit,kalau korang rajin boleh guna kukus, LM ni malas...haha.

Lepas tu angkat roti dan leperkan pakai torak, (jangan ada yang nak tanya apa itu torak, korang google sendiri kalau tak tau, haish). Lepas tu letak sardin tu dan gulung la roti tadi, celup dengan telur yang telah dipukul bersama garam dan boleh mula menggoreng dengan minyak yang sederhana panas. Goreng hingga keperangan.

*Cara asal kena pakai kukus ye...tapi macam LM cakap tadi sebab malas LM buat cara diatas.
*nak buat sambal sardin pun boleh ikut suka korang.
*kalau malas nak kukus pun takpe tapi dia kurang lembut tu je la. Lagi pun jangan ingat roti tu leper lepas goreng sebab dilenyek. Dia akan kembang masa kita goreng nanti.
*buat dulu baru tau, jangan tanya dan tanya sebab takut mencuba. Bereksperimen kat dapur ni seronok tau, kita boleh pelbagaikan apa benda yang kita nak masak ikut citarasa kita. 





www.tips-fb.com

8 comments:

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

ooohh kene kukus bg sng leper

br tau

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Akak pon belom penah try kukus roti tu, pasni leh la akak try, tengs dear :D

zacky786 said...Reply To This Comment

dap yer~

laskar pelangi said...Reply To This Comment

wahwah!
suka sangat roti sardin..sandwich pon suka:)
yummy;)

GreenJade said...Reply To This Comment

yg simple tu ler yg nikmat..sis

hehehe

kakchik@ella said...Reply To This Comment

adik, akak pun suka sgt2 roti ni.

Only You Can Wear It Boutique said...Reply To This Comment

yummylicious..

ieda said...Reply To This Comment

eh eh same menu kita lah dik ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...