Tuesday, July 3, 2012

Sakit Ke Bersalin?



Assalamualaikum

Sakit ke bersalin tu? ramai bertanya terutama yang belum pernah laluinya. Cuba tanya orang anak satu atau dua...kenapa anak dia tak ramai. Kebanyakannya ada yang boleh hamil lagi tapi tak sanggup nak bersalin sebab sakit. Ada juga yang suami mereka tak bagi mengandung lagi sebab kesian tengok derita mereka dalam bilik bersalin tu.

Hanya mereka yang pernah lalui kesakitan itu tanpa ambil epidural saja yang tau betapa hebatnya sakit bersalin. Ramai tanya saya...awak senang bersalin ye? anak ramai. Wahhh...buku mana cerita bersalin tak sakit?. Kesakitan nak melahirkan bukan saja antara sakit itu saja tetapi kita akan teringatkan ibu dan dosa kita pada mereka, teringat pada diri sendiri andai kata ajal menjemput saat melahirkan...dan pelbagai perasaan akan muncul saat tu.

Sebaiknya sebelum saat melahirkan tiba minta ampun pada suami, ibu, ayah dan insan sekeliling kita agar kita tenang masa melahirkan. Sakit? hadapinya dengan tenang....sesungguhnya bila kita tenang kita akan laluinya dengan mudah. Ingat Allah...sentiasa lah bergantung pada Allah, pasti mudah. Jangan putus dari membaca doa walau nafas tersekat-sekat saat itu.

Jangan berharap suami perlu ada saat kita melahirkan. Kerana itu jadi penyebab anda lemah untuk melahirkan andai dia tak dapat bersama anda saat itu. Siapa tau mungkin anda akan melahirkan bayi sendirian seperti kes saya dan syafiq dulu? siapa teman saya? Allah saja masa tu dan dia kirim kak ayu dan nana sahabat saya temankan saya melalui sms masa dalam kesakitan tu. Lepas suami call dari qatar terus badan saya menggigil nak melahirkan....tak sangka semudah itu saya lalui kesakitan indah itu.

Nak bersalin perlu ada tenaga. Pastikan kita makan sebelum bersalin, masa dalam kereta sempat lagi saya makan nasi yang bonda bekalkan walau sesuap dua. Dah perpeluh kesakitan pun sempat lagi nurse bagi roti dan air milo...huhu..terharu. Untuk apa milo? untuk tenaga...ingat tu.

Allah maha penyayang, jangan takut untuk bersalin, jangan takut untuk memiliki zuriat kerana anak adalah amanah Allah, harta dunia akhirat. Awin dah selongkar entri lama saya detik bersalinkan maisarah dulu. Kerut dahi? hihihi...mana ada sakit yang lebih sakit dari bersalin? cuba cerita sakit apa...sebab badan manusia hanya mampu menahan sakit 45 Del tetapi sakit bersalin adalah 57 Del bersamaan 20 batang tulang dipatahkan serentak. Boleh bayangkan 20 tulang patah serentak? 







www.tips-fb.com

20 comments:

ayuni_rOsegrape said...Reply To This Comment

memang takottttt....wlaupun ayu tak tau lagi mcm mna agaknya perasaan tu nnti..huhu..
tapi! ayu suke entry akak ni..bagi semangat! hee.. yah! jgn takot lagi....

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

huhuhuuhu takot...
tapi ms mama sy nk lahirkan adik is, mama cite dia rs dahaga gila ms kt bilik bersalin, dia mintak minum air sikit, tapi nurse tak kasi....3x dia mtk, tp xdpt....pas bersalin tu, bru nurse kasi minum milo... huhuhuhu

amengs88 said...Reply To This Comment

Teringat kat wife saat lahirkan amirah dulu... Tak leh bayang sakit yang wife tanggung... Sepanjang dlm labour room tu mmg sya teman tapi saat nak melahirkan tu, doktor paksa sya keluar sebab nk gsntung kaki... Sedih

~ yus ~ said...Reply To This Comment

Pengalaman 4 kali bersalin, semuanya ada perbezaan. Walau sakit, saya rasa ianya satu pengalaman terindah dalam hidup....tak gitu Lydia.

Betul2 yang penting pinta ampun dan kemaafan dari suami ibu dan ayah, serta banyakkan berdoa, InsyaAllah semuanya akan di mudahkan.

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

adoiaiiiaaa..memang sakit tak terkata la LM..rine paling sakit masa bersalin anak ke3..huhu

izz iizza said...Reply To This Comment

bila anak bongsu mencecah 11 thn..terasa juga la takut kalau nk bersalin lagi..rasa cukup dh kot..

juliaakmal said...Reply To This Comment

menyentuh hati bila baca n3 nie...mohon untuk saya share di blog yer....

mamawana said...Reply To This Comment

Mestilaaa sakit sangat2.. mcm nyawa nak tercabut. Tapi kesakitan hilang seketika menatap wajah baby baru lahir :-) smilessssssss

kiera'sakura said...Reply To This Comment

walau kira tau sakit nak melahirkan tetap nak lalui pengalaman melahirkan jugak.. dia kata nak kemba 3x... :D

ummiLIN said...Reply To This Comment

Alhamdulillah saya dah melalui sakit bersalin sebanyak 3 kali. Tanpa epidural, sakitnya hanya kita yang tahu. Bukan bangga diri tapi saya motivate diri sendiri, kalau nak cepat keluarkan baby mesti kena tahan sakit dan x ambik epidural. Sebab kesakitan tu la yang buat kita terus push baby. Allah permudahkan segalanya, masa preggy saya mabuk teruk.

Jgn takut nak bersalin sbb anak adalah pinjaman Allah yang sangat bernilai. Ianya juga buat kita lebih mengetahui maksud Rasulullah, ibu itu berada di tiga tempat teratas sebelum ayah.

Allah tempat kita bergantung segalanya.

Kesuma Angsana said...Reply To This Comment

betul tu.. sgt bersetuju.. lanjut leh baca kat blog saya petua2 bersalin n ibu hamil ni huhu

diana said...Reply To This Comment

besalin memanng la sakit..
tapi sakitnya tu 4,5 jam je..
apa la sangt nak dibandingkan 9 bulan punye keindahan tu..di manja2..nak apa semua dapat..
tu yang buat semangat nak mengandung tu..kan??

tapi kan...
saya mengandung kali ni asyik sakit2 je...mujur suami sentiasa ada dengan saya.suami kata,awal2 sakit gini nanti besalin mesti mudah..

itu doa suami untuk saya...
lagi la buat saya kuat nak teruskan hari2 saya dengan baby dalam perut ni..

amengs88 said...Reply To This Comment

Kalau nak cerita kenapa wife kene gantung kaki pastu sya kene halau, panjang ceritanya... Tgu sya buat entry kronologi pasal wife besalin... Hehehe

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

susah @ senang bersalin tetap sakit cuma beza sakit tu sekejab @ lama jer.. sy bersalin lala bln puasa & kebetulan hari tu memang tak sahur.. totally xde energy langsung + memang x de pengalaman bersalin & x reti pun nak push mcm mana tp Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya..

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

baca entry LM dan komen2 ni byk memotivasikan diri saya..tak lama dh nk sampai masa ni....apa lak pengalaman anak kedua ni? arap Allah permudahkan segalanya..

Amie said...Reply To This Comment

Bersalin... saat yang penuh derita tapi membahagiakan! Sebab apa diberinya kesakitan... salah satunya supaya kita sebagai ibu dapat menghargai amanah yang Allah beri...

ieda said...Reply To This Comment

setiap kali bersalin , macam2 keadaan akan kita lalui .. berharap dan berdoa agar x memudaratkan kita .. sbb tuu pengalaman sakit bersalin nie x akan sama setiap org ..
besar kekuasaan allah kan ;)

E-na Zarina said...Reply To This Comment

sakit ker??? hihiii

hatiputera said...Reply To This Comment

saya tak pernah menemani setiap kali isteri saya bersalin..bukannya apa takut isteri lemah semangat ..

Rafi Nilhan said...Reply To This Comment

quote "Untuk apa milo? untuk tenaga...ingat tu."

+1

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...