Tuesday, July 17, 2012

Sambal Petai Lagi



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Semalam kan monday blues, masak seadanya la je kan. Sebab stok lauk memang belum beli sebab ahad balik dah petang dan banyak benda nak buat. Bila stok lauk yang ada cuma udang maka lauk udanglah untuk anak2 semalam.Untuk anak LM masakkan gulai udang campur rebung. Untuk ayahnya dah petang baru buatkan sambal petai dengan bilis.



Umur dah meningkat ni makan udang tak boleh banyak, tak boleh kerap nanti penyakit lain pula muncul kan...maka ibu dan ayahnya makan la lauk bilis dan petai...kita cuci sikit perut tu dengan petai ni. 

Tapi petai orang asli ni segar dan mengaum. Tahap kepahitan dia memang perghh. Terkebil-kebil LM nak telan. Ye la..LM belajar makan sambal petai pun sejak 45 tahun ni je, petai buat ulam tak mampu nak telan, sambal petai saja lah boleh makan. 

Tapi dah kumur bagai pun, gi shopping semalam tak berani nganga mulut. Dia punya mau masih hebat! Takut orang lari pula nanti...hihi. Dulu zaman muda tak makan pun sambal petai, sejak jadi remaja purba ni baru nak belajar makan demi untuk kesihatan.



www.tips-fb.com

16 comments:

Liza @ Adzriel AB said...Reply To This Comment

tengok tajuk pun dah meleleh.. my fav tu yang!

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kebun bapak kakak sekarang sedang bergayutan dgn petai dik. Kakak balik kg pun baa balikbanyak bagi pada jiran-jiran juga...

Buat sambal tumis sedap kan...

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

wani kn sis..kalau mkn petai ni....mesti standby gula2 Halls...chewing gum...tu je cara nk hilang kan bau :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Liza @ Adzriel ABwahh kak liza pun suka?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Kakzakiewahh meriah la akak dgn petai nye.blh bersedekah lg

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

oh.. sukanya petai..bertambah lagi masa preggy ni LM..aloh..kat sini petai mahalk!!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Aku Ibu Mudatu la masalahnya wanie..lupa nak angkut masuk handbag mlm td.duk dlm beg syafiq pulak.huhu

Cerita Saya, said...Reply To This Comment

Aduiiiiihai memang terliur..

Kesuma Angsana said...Reply To This Comment

we.. feveret KA ni, mmg best x kisah ler wit udang or bilis...

Cik Eka said...Reply To This Comment

sambal petai sedap sis..hehehe

ada petua,kalau nak hilangkan bau dengan segera.

eka selalu kunyah beras.dalam secubit dua.tapi eka kunyah banyak jugak.kruik kruik bunyinya

lepastu kalau masa nak buang air,nak hilangkan bau pesing,minum nescafe.hehehe..

tapi petai memang bagus untuk cuci perut.
teringinnya...

saniah said...Reply To This Comment

hemm memang fav akak ni..pantang jumpa..makan masa sahur sedap nih :)

ieda said...Reply To This Comment

adoyai dikkk
dah lama x buat nie huhuhu

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

saya suka sambal bilis+petai tp petai yang kami buat x macam awak buat..kami ambik sekali kulit nya..kulit tu dikikis2 buang hijau nya..dan rendam dengan air garam sebentar sebelum dimasukkan dlm kuah sambal

izz iizza said...Reply To This Comment

sedap ni..sy suka sangat..:)

kiera'sakura said...Reply To This Comment

udang smbl petai.. wahhhh klu mama buat kira ambik sekali petai.. tp bila nk makan dgn nasi petai melayang masuk pinggan papa.. hihihi

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

haaa...terpengaruh dengan entry ni dan satu blog lain, mlm ni saya pun masak sambal ikn blis juga...petai tak masuk sebab tak ada stok, lgpun saya tak suka sgt, kalau masuk pun tak makan, just tambah rasa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...