Monday, July 9, 2012

Senja Dan Hujan



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Petang tadi dari pukl 5 macam tu hujan lebat kat area rumah LM. Biasa dalam pukul 6 encik laling dah sampai rumah, ni pukul 6.25 tak sampai juga. Risaunya hati sebab dia pergi kerja naik motosikal. Tengok hp takda pula dia sms atau call. Lepas tu angkut la syafiq dan qila masuk kereta untuk jemput anak-anak sekolah. Biasa encik suami yang ambik naik motor je..huhu. 


Memang sesak la kawasan sekolah bila time anak balik sekolah. Nak-nak kalau naik kereta lagi la nak bernafas pun rasa sesak. Hujan lebat, hari dah nak gelap dan semua kereta nak laju dan cepat memang rasa takut memandu dalam keadaan begitu dengan anak-anak. Hati tak putus-putus berdoa agar selamat sampai ke rumah. 


Telefon pula takda bateri memang tak dapat call encik laling dah sampai rumah ke belum...Hati risau kat suami lagi, risau nak memandu kereta dalam keadaan hujan lebat dan gelap lagi..huhu. Sebenarnya saya sangat takut memandu kereta dengan anak-anak. Dan saya paling benci memandu dalam keadaan samar-samar senja. Dalam keadaan cerah dan gelap...memang rasa tak sedap hati memandu dalam keadaan begitu.


Nak melintas jalan cermin kiri kanan ada air hujan memang menyukarkan pemandangan. Nak jaga motosikal yang takda lampu dan memandu tengah-tengah jalan di lorong laju tapi tak laju...huhu, sangat kecut perut tau. Bagi sesiapa yang punyai motorsikal, pastikan motorsikal isteri anda punya lampu belakang dan selalulah ingatkan mereka memandu di jalan raya dengan mematuhi undang-undang jalan raya. Kadang kala saya sangat risau dengan mereka yang kurang mementingkan keselamatan. Jangan kerana kesilapa kecil membuatkan nyawa melayang. Sama-samalah kita ingat mengingati agar kita sama-sama selamat ketika berada di jalan raya. 



www.tips-fb.com

9 comments:

mamawana said...Reply To This Comment

Yep..hati risau andai pemandangan samar dan kelabu semasa menandu dek hujan dan gelap cuaca. Hati2 serta iringi doa mohon keselamatan :-)

ieda said...Reply To This Comment

kena hati2 bila hujan dik ..

Wanzi said...Reply To This Comment

Betul LM... keselamatan dijalan raya mesti diutamakan walau dalam apa jua keadaan.... amalkan sikap berhemah

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

ha, hujan senja tadi mmg menyebabkan trafik sesak. entah apa yg Allah nak tunjukkan atau ni mungkin ujian bagi sy. Elok2 berhenti, orang datang langgar dari belakang...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Samar2 tu bahaya

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Betul kak... Isau sgt

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Kdg2 kita dah cukup berhati2... Org lain pula buat hal

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Awak x apa2? Siannye.. Teruk ke kereta

kiera'sakura said...Reply To This Comment

akak, hati2 jge diri ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...