Wednesday, July 11, 2012

Siapa Kita?



gambar lucu monyet dan anjing

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa kita? kadang-kadang kita lupa siapa diri kita sebab dulu kita lain dan sekarang kita dah lain. Jika dulu kita student dan takda duit sebab tu kita hormat orang lebih tua macam keluarga kita sendiri tapi sekarang kita dah ada duit sendiri malah lebih hebat dari orang lain. Mula rasa hebat dan lupa nak pupuk rasa hormat bila bercakap sebab rasa diri hebat kan?

Jika dulu kita newbie...benci ek ayat newbie. Sekarang kita dah otai..otai la sangat? Sekarang kita dah kawan dengan orang terkenal....mana nak kaan dengan orang low profile lagi. Malah kita lupa dulu kita pinjam bahu orang masa kita sedang kecewa. Sekarang kita dah senang kita hang out comolot dengan orang lain tanpa kita sedar kita dah lupakan orang yang hulur bahu zaman dulu kala.

Zaman kita kecik kita lupa orang terhegeh-hegeh angkut kita sana sini. Sayang kita tak bertepi. Tapi bila dah dewasa kita mula angkuh menyalak orang bila nampak silap sikit. Nak gigit orang bila kita rasa orang sakiti hati kita. Padahal kita lupa jalinan hubungan antara kita dan dia zaman dulu-dulu betapa akrab sehingga kita tak nampak perbezaan antara kita dan dia. Teruknya kita kan?

Jika dulu kita rasa kita tak cukup hebat. Orang nasihat kita boleh terima, sekarang dah gah...dah tak sesuai nak dengar nasihat orang. Duit tak habis pakai, baju tak habis ssarung, makan tak habis telan. Jangan sampai cakap menyembur ye. Hati-hati nak luah apa pun jangan sakiti hati orang lain pula.

Apa pun yang kita fikir tentang diri kita sesekali cubalah kita kenang siapa kita sebenarnya. Hebat sangatkah kita? ingat...ada lagi orang lebih hebat dari kita. Kalau nak kata kaya ramai lagi lebih kaya dari kita. Biar catik budi pasti orang sayang kita tak bertepi. Cakap biar merendah diri dan berlapik agar cakap kita tak membunuh hati orang lain. Agar kata kita tak meremukkan perasaan insan lain. Agar insan lain tak terpinga-pinga apa salah mereka pada kita. 

Allah bagi kita nikmat agar kita tahu bersyukur. Allah beri kita kesenangan agar kita jadi insan yang pemberi. Moga kita tidak lupa siapa kita dulu agar kita tidak lupa siapa insan yang ada bersama kita suka duka dulu. Gaya boleh berubah tapi persahabatan tak akan berubah jika ukhwah itu kerana Allah. 

p/s: sekadar mengingatkan diri sendiri saja...



www.tips-fb.com

8 comments:

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

sama2 la kita mengingati diri kita

kiera'sakura said...Reply To This Comment

manusia mudah lupa, tak lari diri kita sendiri jugak.. sama2 muhasabah diri

Suhana Shuib said...Reply To This Comment

sentiasa muhasabah diri..moga kita tercicir dari landasan Allah.. Amin..tq untuk info..

BungaTulip said...Reply To This Comment

Walau tinggi mana pun kita berada sekarang sentiasa beringat siapa kita suatu masa dulu. semua nikmat ini hanya pinjaman dariNYA..

ieda said...Reply To This Comment

itulah hakikat manusia ..
x pernah lari dari ketidakpuasan hati ;) kita kena belajar menerima ..

Eyeme said...Reply To This Comment

terima kasih sebab ingatkan saya utk bersyukur kak.. lama tak jenguk sini :D

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

sama2 ingat2 mengingati..:-)

deno said...Reply To This Comment

muhasabah diri :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...