Tuesday, July 31, 2012

Talam Keladi Dan Goreng Keladi


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam memang mencabar betul buat diri saya,apa taknya...dah sedar 4.50 am, susukan syafiq then tersedar pukul 5.20am. Haha...melompat bangun dah sahur ala kadar je la sebab dah tak sempat.

Dalam keadaan macam ni, memang la cepat lembik badan. Tambah pulak baby syafiq asik menyusu sepanjang hari. Huk huk memang rasa tercabar juga hati ni semalam. Last dia menyusu pukul 7.10 minit. LM dah baring je tak mampu nak berdiri dah, lemah lutut dibuatnye syafiq. Apa yang pelik dah makan kenyang boleh tarik baju ummi nak susu lagi dan lagi...huhu.

Pukul 7.15pm pun tak bancuh air lagi sebab menanti encik hubby balik dari bazar. Risau kot la dia beli air nanti membazir pula. Air kan murah, biasa dia beli 3 bungkus. Tunggu sampai terlena. Sekali dia balik dia cakap goreng keladi takda jual la sayang. Uik, hati dah rasa geram...haha. Bila lak suruh abang cari goreng keladi bulan puasa ni? mana ada orang jual pun? huk huk. Hubby jawab lagi,iye..tadi kata nak goreng keladi, semua bazar abang cari takde la, dia buat muka bersalah. Saya? lagi dah ketap-ketap bibir dan terkebil-kebil. huk huk huk. Isterinya ngidam nak talam keladi dai kata goreng keladi. Tu la abang tak fokus masa tadi...huhu....saya dah ngomel manja.

Lelaju ke meja makan tengok ada air tebu dan...TALAM KELADI? huwa!!!! lari ke dapur dan hug encik hubby ketat-ketat. Tq abang sudi meronda beberapa bazar cari talam keladi. Sori menyusahkan. Nak buat sendiri tak jumpa pewarna purple, ye la saya shopping kat jusco ngan giant je, tempat lain tak gi. Mana nak jumpa.

Encik hubby memang suka menyakat sejak dari dulu. Saja je kan? grrrr...saya ni kalau barang tu takda tak la marah pun, tapi geram dia sebut GORENG KELADI. haha...saja je nak tengok saya ngomel...huwa huwa huwa.Tercabar rasa sabar kan?

Sampai malam senyum-senyum kenang goreng keladi dia tu. hihi... dah tu sebelum tido saya angkut luar udang dan ayam smua tu konon nak buat tomyam, tekak nak sangat makan tomyam. Hubby nak gi beli tengok dah 11 lebih, tak sampai hati la pulak. Konon nak buat, saya kalau ngidam mula melepek duk pikir makanan tu, pejam mata pun nampak tomyam kan? terbayang ekor udang terjongket, cis...kejam la bayangan ku ini.Malangnya tadi lewat bangun sahur lagi. Lorh...takda la tomyam, makan jelah lauk yang ada...ehehehe.


www.tips-fb.com

3 comments:

Peri PiA said...Reply To This Comment

fhm perasaan tu,bile tgk ape yg kita nak hubby tunaikan ;)

LM kuatkan semangat ye

kiera'sakura said...Reply To This Comment

kihkihkih... cecomei je akak nie

Akma Azlin said...Reply To This Comment

Salam, hi. Selamat berpuasa. Seronok, ye.

Jemput singgah my blog. Visit Korea 2012.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...