Wednesday, August 15, 2012

Awasi Barang Berharga Semasa Berhari Raya


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Balik kampung time raya memang seronok. Lagi besar keluarga lagi meriah kan? Bagi yang baru bernikah ini pengalaman baru buat korang macam adik awin sayang tu. Tapi kan, raya-raya juga...kalau beraya nak-nak rumah mertua atau rumah orang lain tu awasilah barang berharga korang.

Memang la tak baik berburuk sangka, tapi perlu hati-hati. Handbang tu kalau perlu simpan saja dalam bonet kereta. Kadang-kadang orang macam LM ni berapa banyak duit dalam beg pun tak tau, kalau orang tarik sehelai dua memang tak perasan. Biasanya yang mencuri ni anak-anak buah ke, atau orang yang datang beraya. Ye la, handbag kita dalam bilik, kita duduk dapur atau menyembang orang lain pula 'tolong jaga' handbag kita.

Macam LM kalau sesekali balik kampung mertua tu memang handbag bawa masuk rumah la sebab mudah nak simpan handphone dan lain-lain. Tapi bila time ramai balik laju-laju simpan dalam bonet kereta. Dah pernah kena curi dan dah tau ada yang jenis panjang tangan memang sampai mati la kita tak percaya lagi kan? dulu tak tau asik duk fikir...eh tadi rasa ada 2 helai note 50 ni, mana lagi ek? beli apa ek? bila tau ada yang jenis panjang tangan, ampun! sampai tua lah kau aku tak percaya..haaa KEJAM tak ayat saya? ayat dalam hati je la.

Harta sendiri sendiri jaga okey. Beraya tu memang best, risau nanti jadi murung pula bila duit dicopet oleh orang yang kurang akal. Nak menuduh takda bukti, takkan kita nak tulis nama pada tiap helai duit kita kan? selamat pulang ke kampung....berhati-hati di jalan raya.


www.tips-fb.com

9 comments:

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

sllu xjage duit

sedar xsdr

org pon xnk amik

ieda said...Reply To This Comment

yelah .. nak2 musim perayaan nie
semua org tgh x der duit huhuh

Kesuma Angsana said...Reply To This Comment

tq berkongsi. KA nak wish selamat hari raya, ampun maaf andai ada salah & silap selama kita berblogging ni ye

Eyeme said...Reply To This Comment

betul tu kak..setuju sgt!

bersama kak Es said...Reply To This Comment

duit raya anak selalu kurang..walhal dah simpan dalam beg baju tu..
lepas ni kena simpan dalam kete je macam LM

kiera'sakura said...Reply To This Comment

time kenduri pun sama kena jaga harta benda sendiri..serik masa hp kira ilang time kenduri kakak dlu

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Kalau hilang duit setakat ni tak pernah lagi, tapi bila berjumpa family ramai2, selalu org amik brg, geram betul. Penah tuala, tali pinggang, tudung, seluar atau kerongsang hilang cam gitu je....ai, nak marah pun tak tahu siapa yg amik...

emieysandra said...Reply To This Comment

yup, kena berhati-hati nih..Selamat hari raya kak, emiey ade ntr kad raya utk akak =)

deno said...Reply To This Comment

masa raya dulu pernah jadi kes duit hilang... tapi tak tahu mcm mana bleh hilang sbb dah simpan dpm bilik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...