Sunday, August 26, 2012

Ayah Bonda Datang

Salam buat semua. Semalam bonda datang ziarah nenda di cheras, kami join sama. Dapatlah anak- anak LM jumpa moyang mereka. Kami pulang awal sikit sebab syafiq dah meragam nak tido.Petang semalam bonda terus ke rumah kami dan bermalam di teratak usang kami.




Sempat masakkan sikit lauk untuk hidangan malam kami semua. Pukul 6 bonda text kata dah sampai kami masih di pasar borong lagi... Hihi. Sampai je rumah lepas hidang air terus masak. Alhamdulillah 7.15 kami dah dapat dinner. Masak sorang- sorang rasa puas hati sangat sebab dapat bagi bonda makan air tangan anak dia yang tak pandai masak ni. Kurma telur yang mertua bagi pun LM hidang sekali.

Menu ringkas saja...colek mangga muda tu kami makan sambil borak kosong sebelum tido malam tadi.

P/s: kami cakap malam tadi, ada org cakap malam semalam, orang pantai timur kata malam maghen kan?


www.tips-fb.com

6 comments:

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

dah lama x makan kurma telur...huhu..dah lebih dr 5 tahun rasanya

Kalamhati said...Reply To This Comment

hehe ye doh tu..male maghen..=D!

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

sedap2 je ni

qasehraihan said...Reply To This Comment

terliur kakak!!hehe

http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/arwah-ni-model-facebook.html

Bung Muzaffar said...Reply To This Comment

malang mareng kata orang teganu...!

Peri PiA said...Reply To This Comment

Alhamdulillah

LM,nak colek sikik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...