Tuesday, August 7, 2012

Baby Seat-Perlukah?



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pinjam gambar baby adlan syafiq jap jadi model untuk entri ni. Baby super comel di atas milik siapa lagi kalau bukan baby saya kan...ehehe. Okey okey takmo mengarut meh nak cerita sikit pasal baby seat ni. Perlu ke? ada kata tak perlu, makan space, mahal, bla bla bla.

Mahal apa bendanye? ada yang semurah bawah RM200 kalau tak silap LM. Mahal ke harga tu? agak-agak handbag pun tak dapat murah camtu kan? demi keselamatan anak, apa salahnya kita laburkan duit sikit beli barang ni. Ada sesetengah brand tu dalam RM80 pun ada, kualiti? sendiri mau ingat la, beli sardin cap botan takkan korang nak rasa sama macam cap ayam kan?

Saya boleh pegang baby saya...itu ramai ibu yang cakap begitu. Boleh fikir tak kalau berlaku kemalangan apa jadi pada baby korang yang tak pakai seat belt tu? dia akan terperosok ke depan seat atau akan terpelanting ke cermin hadapan kereta. Boleh bayangkan tak? Bagi ibu yang memandu...ada yang sanggup nak jimat sangat letak baby di atas riba, kononnya baby tak mau duduk sendiri, takpe bawa slow-slow, bla bla bla. Saya beberapa hari lepas cemas kemalangan bila seorang ibu keretanya meluru melintas jalan nak langgar saya. Adat la kot dalam keadaan macam ni LM mudah panik, berderau darah...huhu. Dia atas riba ibu tu ada baby yang hampir sebaya syafiq. Dia riba baby tu dengan cara mendakap dan muka baby tu menghadap muka si ibu. Stereng kereta nampak agak ketat sebab punggung baby dah tersangkut di stereng. Maaf pada akak tu jika dia baca entri ni. Saya sangat rasa tak puas hati cara anda, nyawa anda, anak-anak lain dalam kereta dan nyawa baby tu juga terancam dengan sikap sambil lewa anda.

Tu belum lagi jenis anak yang tak duduk diam macam takda disiplin. ha..kot la dia memanjat, capai sana sini dalam kereta. Walau kita pangku dia tapi kalau emergency break atau kemalangan mcm mana?

Ye, LM juga seorang ibu, LM tau macam mana rasa gelisah hati bila baby meraung duduk dalam baby seat.

Nampak tak? korang rasa apa? nak stop dan pangku je anak tu kan? tapi demi keselamatan, jangan la korang butakan mata hati tu. Cuba fikir keselamatan sewaktu memandu. Bagi bapa-bapa pula, para suami yang budiman, jangan la kedekut. Silalah belikan baby seat satu untuk anak korang. Pelaburan yang korang buat insyaAllah amat bernilai berbanding dengan nilai sebuah nyawa.

Saya haran, agaknya para suami ni tau tak isteri mereka memandu dalam keadaan merbahaya macam ni? para suami pun ada juga pandu kereta macam ni ye..jangan kata takda. Kalau kemalangan tak libatkan orang takpe, ni kes LM dia hampir langgar saya, haaa..tu yang takmo tu. Sebab penglihatan dia agak terbatas dengan ada baby di dakapan dia tak boleh memandu dengan betul.

Fikirkan apa buruknya dulu bila nak buat seusatu tu. Pegang stereng bermakna kita berhadapan dengan risiko. Bagi saya seorang ibu, isteri dan anak...saya juga memegang amanah memastikan nyawa anak-anak selamat berserta nyawa saya sekali bila saya mula memulas kunci kereta, wallualam. Buat akak kereta iswara, harap awak tak buat benda camni lagi...bahaya..huhu. Kalau saya kenal awak, siyes saya bebel 2 hari tak henti. Bahaya sangat.



www.tips-fb.com

9 comments:

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

akak iffah xley langsung bawak

ank die meraung

manje

mungkin nk dpt adik kot

tapi dia siap menyusukan smbil drive

gile la. bahaye tp anak tu meraung terganggu gak kosentrasi

kiera'sakura said...Reply To This Comment

uishhh bahaya sgt tue.. biar anak meraung kena 'ikat' jgn kita meraung bila dia dah xde nanti...

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

sy memang x drive.. memang lala xde baby seat. stroller pun dia taknak duduk.. baby seat tu confirm dia x nak duduk. Memang sy selalu ribakan dia jer.. lala suka di dukung & tak suka duduk tempat yg dia rasa x bebas. susah jugak kalau nak paksa dia duduk dlm baby seat. nak2 lg sekarang dia tgh lasak..

Isteri Encek Bard said...Reply To This Comment

harussslah dak bam bam comey ni jadill modelll tau.. sue pun itu menjadi perancangan utama nak beli..

Lelord said...Reply To This Comment

dari najlaa kecit mmg pakai baby car seat,skang ni umo 5 thn pakaikan booster seat lak.

lagi la kan kat qatar ni pak arab bawak keta kemain laju kan hehehe

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

perlu sebab anak2 rine semua membesar dalam baby seat.. huhu..

bersama kak Es said...Reply To This Comment

drive sambil riba anak serius bahaya. nak jadi tak elok tu sekelip mata je.

Kak es guna car seat kalau drive. tapi kalau jadi passenger tak leh nak guna sebab dah tak muat. peluk anak ketat-ketat :)

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

Shafiq mmg comel...

Setuju entry nie

Zulkbo zulkboCom said...Reply To This Comment

salam..
kalau mama yang jenis driving
dah tentu kena ada satu..tidak
mana nak pegang stereng mana nak
pegang anak?kalau ada driver..pangku
je..senang budak nak tido..bab
kemalangan minta di jauhkanlah..
kalau nak mati kat mana pun mati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...