Wednesday, August 8, 2012

Banyak Komen Tak Yah Beli La


Assalamualaikum...

Semalam sebelum gi sekolah kebangsaan azhad request nak kuew tiau. Maisarah kata dia takmo. Dalam hati kalau buat memang membazir, hari dah tengah hari diri pun tak larat nak beli barang kat kedai. Tanya dia kalau beli je boleh? dia kata boleh.

Ayahnya balik minta dia gi beli untuk azhad sebungkus. Orang lain makan nasi dia mengadap kuew tiau dia. Nampak ada taugeh, kucai dan ada la kerang juga. Tapi nampak terkulat-kulat. Paksa dia makan tapi muka dia macam nak menangis. LM cuba rasa mak aii rasa cam...erk??

Rasa taugeh, tapi taugeh tu rasa cam hanyir...naper hanyir ye? pastu memang rasa mee je takda rasa rencah apa. Tak letak bawang ke? kerang tu agaknya pakai kerang dah siap kopek yang jual kat pasar tu..langsung takda rasa. Ayahnya yang tak cerewet pun makan terus takmo, maisarah langsung tak sentuh.

Sebelum ayahnya rasa dia kata kalau banyak komen takyah la beli lain kali. Lepas dia rasa..rasa mee je tak rasa apa dia kata. Haaa bukan pasal cerewet, tapi memang takda rasa. 

Macam mana boleh camtu pun tak tau...harga kalau murah takpe, tak rasa berbaloi pun RM3.50 bayar dengan rasa macam tu...huhu. Kalau masak cukup bahan takkan takda rasa kan? naper la mereka rebut-rebut nak berniaga tapi tak jaga kualiti.



www.tips-fb.com

4 comments:

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

kalau mmg t sdp mmg bykla komen kite kan kak

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

sgt tak puas hati... nak nak waktu puasa ni kan...mmg rs nak makan tu meluap2...tap frust bila jd mcm tu...

Peri PiA said...Reply To This Comment

tu la kadang2 tak faham mcm mane mereka berniaga

kiera'sakura said...Reply To This Comment

sebab diorg lupa nanti akan ditanya kat sana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...