Thursday, August 9, 2012

Berpantang Selepas Keguguran


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perlukah berpantang selepas keguguran? Ada yang kata perlu jika kandungan dah besar dan jika awal kehamilan tak perlu kata mereka. Pelbagai pendapat kita jumpa tetapi pada LM sendiri walaupun mereka tu gugur seawal 6-7 minggu kehamilan tak salah jika mereka berpantang.

Jika hamil antara 2-3 bulan biasanya kita akan berpantang juga. Minggu pertama tu biasanya akan makan macam lauk orang pantang bersalin tu. Pakai tebal-tebal, makan kena jaga macam baru bersalin tu, berstokin dan bertungku untuk melancarkan aliran darah dan keluarkan darah yang masih ada dalam rahim kita.

Minggu kedua tu biasanya dah mula keluar rumah, tetapi masih la jaga makan yang tak memudaratkan kita seperti jangan makan benda sejuk, berais, pedas dan sebagainya. Jangan la jalan laju-laju atau melasak pula. Sebaiknya kita jaga makan dan diri sehingga kita benar-benar sihat dan datang period berikutnya.

Lain orang lain cara dan pendapat. Ada yang anggap gugur di awal kehamilan seperti datang uzur saja. Tapi sebenarnya keguguran tu sangat memberi kesedihan yang mendalam kepada ibu kerana dia pastinya berharap kandungannya membesar dan lahir ke dunia ini selain kesakitan yang dialami semasa berlakunya keguguran itu.


www.tips-fb.com

14 comments:

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

Setuju..
Kn pantang betul2. Badan nk guna lama. Kn lah bg peluang darah mengalir dgn betul. Berurut jika perlu

thanks bkongsi. Nice entry

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

tq sis for sharing...tp wani tgh2 gugur tu g keje je...doc pon bg mc 2 hari je. cuma hari 3-4 tu balut la sket... then ms ari ke 5-6 cmu baru gugur sepenuhnya...dh cergas smula cam biasa wat keje2 umah dll... dh naseb duk sorg2 kn...huhhuuuu

Cik Puan Rara said...Reply To This Comment

even gugur 2 3 minggu pon kena pantang eh.

yangbaik said...Reply To This Comment

yup, betul walaupun keguguran tidak bermakna kesihatan tidak dijaga. Yang penting badan kita esok-esok kita yang rasa kesannya.

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

knp LM?LM preggy ke?

Isteri Encek Bard said...Reply To This Comment

btul tu kak miza.. ada sesakli masa sue gugur tu terlanggar pantang gak.. adeh..

Eyeme said...Reply To This Comment

tq kak lm..walaupun sy x kawen lg, tp rasanya berpantang tu perlu. untuk kesihatan diri sendiri kan :D

qasehraihan said...Reply To This Comment

kalu gugur pun kena pantang eh..mak saya pun ckp gtu..hehe

http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/aku-dan-suppliment-makanan-tambahan.html

kiera'sakura said...Reply To This Comment

sedihnya akak, hurm

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

STUJU

sbb gugur tu dah mengakibatkan kite tak sihat, lemah, emosi xstabil

ade baiknya berpantang

izz iizza said...Reply To This Comment

xde pengalaman..tapi ada dengar-dengar pntangnya sama cam lepas bersalin juga kan..

Anonymous said...Reply To This Comment

Sy gugur msa kndungan 8 weeks...blighted ovum...kna brpntng cm biasa ker...?

rubilatul munira said...Reply To This Comment

Sy dh dua kali keguguran...sy bpantang dua mggu...sy ikut je ape bidan ckp dan juga petua org tua

sakinah said...Reply To This Comment

kalau keguguran 2 bawah dari 2 atau 1 bulan mcm mane???kene pantang ke???benda berlaku dekat kakak n family tak tahu boleh korang bagi idea tak nak tolong kakak saye???jasa anda akan dikenang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...