Tuesday, August 7, 2012

Cara Nak Buat Teh Bunga


Assalamualaikum semua. 

Dalam entri LM yang lepas di entri ini qaseh raihan bertanya tentang bunga ni. LM punya stok tak pernah habis bunga ni sebab maisarah dan encik suami minum air penyejuk badan ni. Buat sendiri sedap manis-manis buah.


Gambar entri hari tu...

Meh nak citer sikit, bunga kekwa ni korang boleh je dapatkan kat pasaraya atau di kedai ubat cina. Sepekat ni hari tu encik laling beli RM12, banyak gak, sebab pakai bukan banyak pun untuk sejug.


Macam ni lah rupa bunga tu. 

Cara nak buat memang mudah
1.LM ambil 20-25 kuntum bunga tu dan cuci dengan air paip.(toskan)
2.Rebus sebentar hingga bunga tu kembang dan naik bau.
3.Jika suka boleh letaksikit pewarna kuning.
4.Campurkan gula dan gula batu.
5.Boleh dihidang panas atau sejuk. 

Bau dia...perghh wangi sungguh.Setakat ni kami mencari stok longan kering dan bunga kekwa kering memang kat kedai ubat cina. Kat pasar raya ada juga beberapa kali LM nampak dijual bunga kering ni, mungkin korang boleh cari dan cuba buat sendiri bagi yang gemar minum teh bunga ni. Selamat mencuba.




www.tips-fb.com

9 comments:

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

baru nak tanya aritu mna nk dptkan... emmm kedai ubat cina xtau la kt sini kat mana...try intai kat pasaraya la mcm ni...

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

xpenah tgk pon bungenye kak

bujal X said...Reply To This Comment

memang jimat dapat banyak kalau buat sendiri~nak lagi kita boleh adjust tawar manis ikut kita punya suka~tapi tu la~~tempat saya susah nak cari bunga tu~~haih~

SYANI said...Reply To This Comment

Teh bunga.... air feveret sepanjang pose ni..

Kesuma Angsana said...Reply To This Comment

tq berkongsi yek

MaDiHaA a.k.a Ratna said...Reply To This Comment

akak tak pernah beli kekwa kering tu.. mmg nampak segar je airnya tu.. nnt leh la try cari..

qasehraihan said...Reply To This Comment

tq so much akak...memang nak tahu sangat tu..hehe

http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/persoalan-harga-tudung-fareeda.html

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kakak pun ada buat sendiri dik. Kakak beli kat sinseh ada jual...

kiera'sakura said...Reply To This Comment

pestime tengok bunga kering tue

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...