Monday, August 13, 2012

Cerita Sahur Lagi


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kesihatan diri belum pulih sepenuhnya. Terasa sejuk sampai ke tulang hitam. Perut rasa perit sekali sekala. Entah macam mana rasa liat sangat nak bangun siapkan sahur tadi. Raba sebelah encik laling dah takda, ingat dia ke masjid rupanya terdengar bunyi tet tet tet...bunyi micowave dari dapur.

Laling dah bangun siapkan lauk dan air untuk sahur. Akibat tak larat terus tertido lagi...hahah jahatnya saya. Sedar-sedar pukul 5 lebih laling kejut suruh bangun makan. Telan je lah nasi bagai telan duri...sungguh tak mampu nak telan. Takda selera langsung. Semalam berbuka pun hanya satay 2 cucuk dan cucur 2 potong tu je. Takda tenaga tapi tak lalu makan...haish.

Harapnya dapat sembuh dengan cepat sebab nak laju-laju buat tart nenas sehari dua ni. Nak cuba buat kuih tiram jugak, lama sangat tak makan kuih tiram yang sedap. Dulu beli ngan hanna kat qatar sedapnye, balik malaysia orang buat tak sedap la pulak, rasa tepung je...huhu. Dalam pantang sibuk nak buat kuih ek? bukan apa saja membusy kan diri untuk merawat emosi. Kalau saya duk diam-diam nanti asik terkenang kan baby yang dah takda tu je...huhu. Jiwa kacau.

www.tips-fb.com

11 comments:

kakchik@ella said...Reply To This Comment

Adik ,, itu biasa. KC dulu 2 minggu hilang selera. Tapi dik, raya dah dekat sangat ni. Adik kuatkan semangat ye. Nak raya, kan.

Kesuma Angsana said...Reply To This Comment

bertabah lah & kuatkan semangat ye dear

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Takleh telan sis.. Huhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

Tq KA

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

elokla akak aktif buat memacam

iffah skong tu

blog-tips-kurus said...Reply To This Comment

sis, cepat sihat tau!

nanti pos kueh tu skit kat kita. :-)

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

ceria2kan diri ye LM.. raya bakal menjelma..nanti anak2 tgok ummi dia tak ceria..kesian dorang..

semoga cepat2 sembuh ye LM

~ yus ~ said...Reply To This Comment

elok juga tu, biar sibuk supaya emosi tak terganggu. Banyakkan sabar ya LM

kiera'sakura said...Reply To This Comment

elok la akak buat memacam dok diam2 nt asyik pk mcm2 kan

Peri PiA said...Reply To This Comment

LM pelan2 tau,jage kesihatan

jgn penat2,kutkan semangat

semoga LM cpt sembuh,Amin

putriyzaalovings@Riza Suri Hati said...Reply To This Comment

Akk sabr dn tabah ye....mmg emosi sedih kn akk tp Allah dh menentukn segalanya.kita redha.sok lusa rezeki baru menanti akak....jaga kesihatan ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...