Saturday, August 11, 2012

Gulai Telur Itik Dengan Belimbing Buluh


Assalamualaikum semua...

Buntu nak masak apa untuk iftar nanti? LM pun macam tu, hari-hari buntu. Takkan nak buat macam dewan makan kat asrama siap ada menu untuk seminggu kot...hehe. Semalam sebab tak sihat masak simple je la. Kebetulan hubby ada beli telur itik dan ada pula belimbing buluh ambil dari kampung mertua isnin lepas, maka LM buat menu gulai itik je la semalam.


Bahan tak banyak nak buat menu camni..nak tengok resepi LM ke? jom tengok resepi campak-campak LM tu.

Bahan:
2-3 biji telur itik
Santan dari 1/2 biji kelapa
kunyit hidup
daun kunyit
cili api dalam segenggam(ikut suka pedas mana kamu nak)
7-8 biji belimbing buluh-boleh ganti dengan asam keping.
garam

caranya: tumbuk cili api dan kunyit hidup. Masukkan dalam periuk bersama santan tadi, biar kuah sedikit menggelegak dan masukkan telur itik satu persatu. Jangan terlalu dekat nanti telur tu melekat. Masukkan daun kunyit yang simpul, belimbing buluhdan  rasakan garamnya. Hati-hati kacau kuah jangan sampai telur pecah atau hancur.

Sesekali menggulai sedap juga tengok encik suami makan bertambah.


www.tips-fb.com

5 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

oh..my feveret..hehe

qasehraihan said...Reply To This Comment

menyelerakan nmpknya tu..

http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/berderai-jugak-air-mata-akhirnya.html

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

msti gulai akk rase msm2 skit kan

sedap2

ieda said...Reply To This Comment

sedap nieee
org negeri sembilan suke nie ;)

cik chinta said...Reply To This Comment

oh sedp. pas blik ry la wat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...