Tuesday, August 14, 2012

Isteri Selekeh Di Rumah


Assalamualaikum semua.

Ramai para suami luah pada kawan mereka kata isteri mereka macam maid kalau kat rumah. Selekeh, kusut masai, baju comot, basah lencun, bau peluh. Muka pucat lesi, rambut serabai dan macam-macam lagi. Agak-agak kalau si isteri dengar kecik hati tak?

Agak-agak la kalau yang mampu sediakan pembantu rumah untuk urus rumah dan bantu isteri tu tak la siteri dia jadi seteruk keadaan yang LM sebut di atas tu kan? Tapi kalau la tiada pembantu, anak ramai, rumah besar, ada kemungkinan tak untuk isteri tu jadi macam keadaan di atas dan dalam masa yang sama suami tak sudi langsung bantu membuat kerja rumah?

Para suami cuba ambil cuti dan buat semua kerja yang isteri buat setiap hari. Pastikan buat semua yang isteri buat dari mengemas, mengemop, masak, lipat kain, ampai baju dan segalanya. Agak-agak para suami akan smart dan kacak macam kat opis ke? alang kan tak buat kerja rumah pun para suami asik berkain pelikat atau berseluar pendek tak berbaju 24 jam kalau di rumah. 


Kalau nak isteri melawa, bantulah mereka, dan jangan la pulak anda para suami tu selekeh pula di hadapan isteri. Kena adil la kan?  Isteri ni janji kerjanya siap, perut suami kenyang, anak-anak gembira menikmati juadah yang mereka sajikan. Mereka dah tak fikir dah asik nak mengadap cermin nak oles lipstik dan tengok bedak dah cair atau tak. Bagi suami yang tak memahami tu sila cuba ambil alih tugas isteri dan rasa bagaimana letihnya kudrat isteri yang tak sekuat kudrat para lelaki tu.

Jika suami nak lihat isteri cantik di rumah, begitu juga isteri nak juga tengok suami kemas di rumah, jangan asik berseluar pendek lusuh saja ye para isteri. Kalau begitu jangan pula kamu cemburu isteri tak kelip mata lihat pelakon aaron aziz ke, awal ashaari ke...hehehe(gurau saja)

Bukan menidakkan kemampuan para suami, tapi niat LM nak mengajak kita semua berfikir. Memanglah lelaki lihat wanita di luar sana bedak 2 inci, lipstik merah menyala macam kucing makan anak tapi adakah dia lawa macam tu di rumah dia? renungkanlah...hargai apa yang kita ada sebelum Allah tarik satu persatu nikmat itu.

p/s: entri ni takda kena mengena dengan sesiapa pun, saja nak ajak korang berfikir. Ramai tak perasan benda macam ni berlaku walau ia tak memudaratkan tapi ia akan mendai virus dalam perhubungan.

www.tips-fb.com

14 comments:

Peri PiA said...Reply To This Comment

setuju,kerja sama


kalau kita nak ubah org,ubah diri kita dulu

bujal X said...Reply To This Comment

keh keh~~saya tak kisah~sebab bini saya dekat rumah dengan kat luar sama je~~cuma pakaian la yang lain~

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Peri PiAyang penting kerjasama..wonderpet.ehehe

Marlina Mohtar said...Reply To This Comment

sangat setuju dengan entry ni =)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@bujal Xakak pun sama..eh sama ke..ahaha

Miss PIJAOSIX said...Reply To This Comment

Hehheee...good entry

kiera'sakura said...Reply To This Comment

kena give and take baru boleh harmonikan rumah tangga kan kak

Muzel Zay said...Reply To This Comment

kak.. xsangka akak pun guna istilah ' pakai gincu merah mnyala mcm kucing mkn anak' hahaha..lawak2..

nur said...Reply To This Comment

sokong sis LM..

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

huhu..terasa jgk ngn entry ni..tp rine sblh mgkn pkai elok2 je dpn suami..klu suamu xda br pkai kain batik..haha..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Hihi... buat kakak gelak dah. Abang kat rumah pun pakai seluar track dan t-shit pagoda je. Kakak pun sama t-shirt dan seluar, kadang kain batik... sebab itulah yg selesa..

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...Reply To This Comment

assalamualaikum sis.
sangat setuju ngan entry nie.asyik wanita je nak cantik.lelaki pun kna cantikla jgk.hihi~

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

dalam umah sendiri pun buat keja terkejar sana sini.. nak calit lipstik boleh sampai ke hidung jadinya. Kalau asben2 yg nak komplen bini serabai kat umah.. pastikan dorang menyediakan secukupnya apa yg isteri perlu untuk sentiasa kelihatan cantik tak kira di luar @ di rumah termasuk masa. Kalau dorang x blh bg.. maka jgn byk bunyi. Isteri2 dh cuba sedaya mungkin mengatur masa.. cuma kdg2 masa utk bermakeup tu tak tau nak selit celah mana. asyik full ja.. tak cukup rehat pn blh menyebabkan bini korang nampak kusam & x bermaya even touchup 20 inci pun make up kt muka..

ela said...Reply To This Comment

mmg lah adat duk kat umah, takkan nak pakai bj kurung ngan tudung..kan byk kije nak disiapkan..mestilah baju yg selasa..

betul lah kata lm tu, suami pun pakai pelikat kat umah, rambut pun serabai tak pakai cream punnn..ada bini kisah?

yg penting rase tanggungjawab terhadap family...penat tau jadi home manager!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...