Thursday, August 30, 2012

Kacang Kuda?


Salam semua...

Macam mana kasih ibu bila makan akan ingat anak mereka begitulah kasihnya anak. Nak cerita sikit pasal maisarah masa balik dari sekolah KAFA tadi. Sampai depan pintu terus kata dia bawa balik kacang kuda untuk ummi. Ha? kacang kuda? peliknya, kan orang jual masa sukan ke, apa ke..mana ada orang makan masa majlis hari raya kan? LM cakap oh ye ke? 

Maisarah: ye, ummi kan suka kacang kuda kan? sebab tu kakak bawa balik untuk ummi.
Ummi: oooo

Bila dia bagi satu tupperware kacang kuda tu saya tergelak. Dia bukan kacang kuda kak, ni kacang tanah salut tepung, kacang berempah...hihihi. Terima kasih ye, nanti ummi makan sambil tengok tv.

Dalam hati berkata-kata, saya mana makan kacang? tempeyek sekeping pun tak makan tahun ni, tapi saya hargailah dia dah bawa balik tu. Dah makan segenggam pun. Sedap, home made, bukan beli kat kedai tau kacang tu..hehehe.

p/s:kembang hati setaman dapat kacang kuda, eh..kacang tanah.



www.tips-fb.com

6 comments:

ros_reeza said...Reply To This Comment

bagusnya dia.. ingat kat mak dia, itu yg dia bawa balik tu, walaupun salah kan.. hihihi

Afasz said...Reply To This Comment

wah anak solehah la.... ingat ibu dia suka apa. kacang salut tu skrang org buat sneidir . mmg sedap kan

Peri PiA said...Reply To This Comment

kacang...yum2

maszull said...Reply To This Comment

assalamualaikum lydia...baiknya maisarah ingat kat ummi ...:)

Kesuma Angsana said...Reply To This Comment

bagus nyer!

Scarlett O'Hara said...Reply To This Comment

untunglah.Mudah2an sampai dewasa ingat kat ummi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...