Wednesday, August 8, 2012

Kuih Semalam


Assalamualaikum semua....

Kalau gi bazar ramadhan tu pukul 7.15 makanan masih banyak lagi. Kuih muih dan nasi berlauk penuh. Hubby kata yang peliknya kuih banyak tak pula orang tu sedekah sekeping ke kan? takpe la dia hantar masjid hari-hari kot? tapi...paling malang kalau kita ni beli kuih semalam...huhu.

Semalam dah terkena sekali, hubby beli karipap 6 ketul. 4 warna sama dua warna coklat dan serap minyak. Kuih hari yang sama ke kalau rupa dia lain tu? hairannya. Saya ni bukan pandai pun buat kuih, tapi agak hairan macam mana orang tak berapa mahir buat karipap boleh jual karipap. Tak pandai kelim dia pakai cetak karipap saja, ada juga kesan inti terbuka sebab tak ketat pakai cetak karipap tu, inti pun tak sedap terlalu berempah. 

Rasanya lebih baik kalau nak berniaga tu kita buat masakan yang kita mahir. Bukan masakan yang baru nak belajar buat. Di samping berniaga nak cari duit kan sediakan juadah berbuka tu satu ibadah...bukan begitu ke?



www.tips-fb.com

6 comments:

azwa amani said...Reply To This Comment

btul tu kak,.. juallah sesuatu yg membawa kebaikkan dan manfaat pada org lain...

salah satu kemahiran amani, klim karipap.. huhuhu..

ieda said...Reply To This Comment

setuju dikk

kalau karipap tuu nampak sgt serap minyak banyak
akk kalau ke bazar memang x belilah karipap .. kena berjimat cermat lah membeli ..

selalu je jumpe kuih yg macam dah ada semalam dan rupe x ubah .. di jual pada hari esoknyaaa huhu

Cik Puan Rara said...Reply To This Comment

tp kalau kueh tu kueh semalam lg sadis.teruk kan dorg.

kiera'sakura said...Reply To This Comment

dapat pulak kuih yg dah basi lagi tercekik hati huuu

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

aah kan

terukla peniaga tu

Lelaki Ini said...Reply To This Comment

geram kdg2 dengan org yang jual n berniaga ni..
kdg2 tak ikhlas betul..
buat macam buat ngn kaki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...