Friday, August 17, 2012

Lewat Lagi!

Salam buat semua.
Ramai dah sampai kampung halaman, saya? Masih tercongok di sini. Siyes tak rasa ada hati sangat nak raya... Kepala jadi berat banyak pula dugaan datang nak- nak dugaan yang tak mampu saya selesaikan sebab di luar bidang kuasa dan kemampuan saya... Siyes sedih. Sedih sampai tak dapat lena malam tadi.

Hasilnya... Lewat bangun sahur lagi. Pukul 2.40 pagi tu saya bangun tanak nasi, lauk plan nak masak masa sahur tu la. Tapi macam sejarah lepas, bila menyusukan syafiq je akan terlena. Haaa sedar 5.25 pagi. Kejut anak- anak dan hidang je lah sayur soon kentang semalam tu dan ayam kicap pedas yang tergolek- golek 3 ketul aje.

Mana cukup 3 ketul sedangkan kami berempat kan? Syafiq pun bangun sekali menangis. Akhirnya sempat saya teguk air secawan dan terus masuk bilik menyusukan syafiq. Moga makanan sahur pagi tadi yang serba kekurangan buat hubby dan anak- anak dapat salutkan tenaga buat mereka. Saya? Harap keajaiban Allah moga segelas air tu dapat buat saya bertahan sampai berbuka nanti sedangkan dah lebih 7 kali rasanya syafiq menyusu sejak pagi tadi

Selamat pulang bagi yang akan bertolak ke kampung hari ni.
www.tips-fb.com

3 comments:

Kesuma Angsana said...Reply To This Comment

moga2 dipermudahkan ye!

diana said...Reply To This Comment

saya esok baru nak balik kampung.maisara demam pulak jadi saya pun tak de mood nak beraya..sah2 kena duduk dalam bilik je sambil peluk dia.dia kalau demam tak suka keluar bilik.

Pink Lavender said...Reply To This Comment

insyaAllah akan bertahan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...