Monday, August 13, 2012

Mee Kari



Assalamualaikum semua. 
Ni menu 2 hari lepas. Bila sakit memang la tak larat ke dapur. Tengok-tengok encik suami dah rebus kerang dan terkial-kial kopek kerang, nampak ada mee dan tauhu pok. Tau la dia nak makan mee kari.

Terus la singsing lengan, kupas bawang dan menumis. Encik laling tukang kacau kuah dan saya curah-curah segala rencah dalam kuahnya...tung tang tung tang kejap je siapnye. Buat sikit je semalam...jom semak resepi bagi sape yang suka masak campak-campak macam LM.

Kuah mee kari:
santan dari 1/2 biji kelapa.
tauhu pok 7-8 biji di potong 3
isi kerang semangkuk kecil-sebab hubby suka kerang.
fish ball 2 jenis semangkuk kecil
isi ayam yang dipotong kecil semangkuk kecil
sekeping asam jawa
rempah kari satu senduk nasi
*cili kering 5 tangkai
*bawang merah 4 biji
*bawang besar 1/2 biji
*bawang putih 2 ulas
*halia-seinci
garam

Caranya: kisar bahan bertanda *, tumis hingga garing, masukkan rempah kari. Masukkan ayam dan biarkan mesra. Masukkan santan perahan kedua, masukkan fish ball, kerang, asam keping.Curah santan pekat dan biarkan masak dan masukkan garam secukup rasa.

Hidangkan bersama sawi, taugeh dan juga telur rebus. Mee kuning tu LM rendam dengan air panas, tak buant banyak pun buat 400 gram mee saja.

Cerita pasal mee kari ni, sebenarnya LM ni makan apa pun tak suka berkuah sangat, sekadar basahkan mee saja. Dulu masa baru kahwin setahun camtu, mertua buat la mee kari. Dia tegur kenapa makan mee kari tak berkuah. Erkk dia curah la kuah kat menantu dia. Terkedek-kedek saya menghabiskan kuah sebab saya memang tak suka makan banjir-banjir walau jenis sup pun. Memang jenis camni...hehe. Terkenang pulak. 

Hubby suka makan mee kari kot? dulu mertua pun kata arwah ayah mertua saya kalau bulan puasa mesti nak mee kari selalu. Masa baru kahwin tu saya tengok arwah makan banyak dan tekun je menyuap. Tetiba terkenang arwah yang dah 9 tahun pergi meninggalkan kami, al- fatihah buat arwah ayahnda Yahaya bin Abd Rahman..moga rohnya aman di sana, amin.

Arwah walau garang dengan anak-anak tapi dia sangat baik dengan saya, tak pernah dia menyakitkan hati saya. Dia tak banyak cakap pun. Tak lama lepas kahwin dia jatuh sakit, setahun lepastu dia meninggal, tak lama dapat bermesra dengannya.

p/s: dari kisah mee kari melarat ke kenangan mee kari pulak kan?


www.tips-fb.com

5 comments:

kiera'sakura said...Reply To This Comment

kire ok la tue akak x sihat pun mampu lagi nak memasak... klu kira ntah la huuhuhu

Cik Sara said...Reply To This Comment

saya sukakan mee kuah yang banjir-banjir ni.. Kekadang hirup juga kuahnya.. Tapi kekadang orang lain yang tukang hirup.. Hehehe..
Get well soon sis!

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

awak..kita pun wat mee kari mgu lepas..ari jumaat..1st time wat mee kari..rasa mcm nak wat utk raya nanti plak...hehe..kerang nya kita wat sambal..tauhu pok xde..hehee

al-fatihah utk arwah ayah mertua awak

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

xreti buat kari

iffah pon tak makan kuah byk

sepppp

deno said...Reply To This Comment

dah lama tak mkn mi kari... bestnyeee.... nyum2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...